PUTRAJAYA: Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Sua Kasih MADANI Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini, Loke berkata 90 peratus caruman itu akan dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Kewangan manakala baki 10 peratus dibayar oleh MOT bagi tempoh setahun.
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.
"Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan membuat caruman tambahan 10 peratus itu," katanya.
Beliau berkata usaha berkenaan adalah untuk memberi perlindungan sosial kepada mereka iaitu sekiranya berlaku kemalangan, caruman itu akan membantu mereka dan keluarga.
Mengulas lanjut, Loke berkata beliau sudah berbincang dengan Perkeso berhubung pelaksanaan insiatif terbabit selain meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyerahkan senarai pemandu dalam pangkalan data mereka kepada Perkeso untuk disemak silang.
"Kita jangka Mac ini dapat lancarkan inisiatif ini, maksudnya pemandu teksi dan pemandu bas sekolah tidak perlu mencarum satu sen pun untuk setahun, mereka cuma perlu daftar nama mereka.
"Jika sudah daftar sebelum itu, kita akan bagi slip caruman mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Loke (tengah) ketika sidang media pada Majlis Sua Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Malaysia di kementeriannya hari ini. -Bernama
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Nahas ngeri Ayer Keroh: JPJ akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat lori, bas – Loke
Loke berkata, JPJ akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu terhadap kenderaan perdagangan berat
MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.
Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.
Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.
Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt