IPOH: Seorang lelaki yang juga pemandu pelancong maut setelah ditimpa bongkah batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat, di sini pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketika kejadian, mangsa berusia 44 tahun itu sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.
"Pada Isnin, jam 11.30 pagi, polis telah menerima maklumat dari orang awam mengenai kejadian seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat ditimpa batu.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang merupakan pemandu pelancong telah membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.
"Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu telah terjatuh dan terkena kepala mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ujar Abang Zainal Abidin lagi, hasil pemeriksaan oleh Pakar Forensik Perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati, punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat ditimpa batu.
"Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tiada menjumpai sebarang unsur jenayah.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.
Aida Aziz
Mon Apr 08 2024

Lelaki maut ditimpa sebongkah batu ketika mengunjungi kawasan pelancongan di Ipoh. (Gambar kecil Abang Zainal Abidin) - Gambar Foto Ihsan pembaca/ Sinar Harian

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Laporan siasatan pemandu pelancong maut dihempap batu dibawa ke MMK esok - Exco
Laporan siasatan mengenai kejadian seorang pemandu pelancong warga tempatan yang maut ditimpa bongkah batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling akan dibawa ke MMK esok.

Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.