ALOR GAJAH: Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, Zainuddin Jaidun, 49, yang cedera di bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata tiga daripada penumpang cedera di bahagian kaki, seorang cedera di kepala manakala dua lagi cedera ringan dan seorang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Ketika kejadian, mangsa membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Singapura ke Terminal Bas Seremban manakala lori yang membawa muatan besi coli dari Melaka menghala ke Rawang.
"Siasatan awal mendapati ketika di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar belakang lori sedang dipandu lelaki berusia 52 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arshad berkata mangsa tersepit akibat impak rempuhan namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.
"Semua penumpang termasuk warga Singapura dan Myanmar telah dibawa ke Hospital Rembau serta Hospital Seremban untuk menerima rawatan.
"Kenderaan terlibat telah ditahan di Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Keadaan bas ekspres yang merempuh belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuhraya PLUS arah utara awal pagi Rabu. - Foto/ PDRM
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Bukan sahaja menjadi platform dalam membawa pengalaman baharu untuk Astro lebih dekat kepada pelanggan malah Jelajah Hello Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mampu menjadi ruang terbaik untuk komuniti sekitar bertemu artis-artis kegemaran masing-masing.
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran Petropoda berbahaya di perairan Mersing
Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda Khususnya di perairan daerah Mersing.
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit
Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.
Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.
Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu PahatMersing di sini pada Sabtu.
'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
Empat 'sahabat syurga' ajal bersama
Menurut kakak Ahmad Manan, mereka berempat berkawan baik sejak kecil hingga membina kerjaya masing-masing.
Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut
Pegawai dan anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyembunyikan bukti berkaitan kes kemalangan maut di Tawau pada Januari tahun lepas.
Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE
Mangsa berusia 50 tahun yang memandu berseorangan, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE
Mangsa menaiki van itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
Warga emas maut langgar papan tanda
Ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.