Seorang pemandu bas pelancong maut manakala 25 penumpang warga China terselamat selepas bas dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 17.2, ketika menuruni dari Genting Highlands menuju Kuala Lumpur malam ini.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Engku Fadzir Engku Man berkata pemandu bas berusia 66 tahun itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan hidraulik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Engku Fadzir berkata mangsa yang maut dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
"Lima belas penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan manakala 10 lagi dibawa pulang ke hotel," katanya.
Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai nahas itu pada 7.19 malam, sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Bernama
Wed Jul 27 2016
Pemandu bas pesiaran ini maut di tempat kejadian. - Foto JBPM
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
Pemandu maut, 25 warga China terselamat bas terbalik turun Genting Highlands
Pemandu bas berusia 66 tahun itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.