Penyedia perkhidmatan teksi dalam talian Grab menggesa orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seorang pemandu yang dilaporkan mati akibat dijerut pada Sabtu malam.
Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan melibatkan lelaki berusia 27 tahun yang juga pemandu kontrak di bawah jenama syarikatnya.
“Kami mohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin. Buat masa ini pihak kami sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Keselamatan pemandu kami adalah sama penting seperti penumpang kami. Kami mengucapkan takziah buat keluarga mangsa dan berharap orang ramai menghormati privasi mangsa demi keluarganya,” katanya.
Tambah Sean, mangsa merupakan pemandu yang rajin dan sering mendapat maklum balas yang baik daripada penumpangnya.
Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri ditemukan polis kira-kira jam 11 malam di dalam kenderaannya di tempat letak kereta berdekatan sebuah flat di Selayang.
Mangsa difahamkan kali terakhir bertugas membawa penumpang pada Khamis jam 9.34 malam dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru.
Sehingga kini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Pemandu Grab maut dijerut
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Jun 24 2018

Grab sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan melibatkan mangsa Aiman Nosri. -Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.

Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23.

Suspek terakhir ditangkap, kes bunuh pemandu Grab boleh diselesai segera
Kes pembunuhan pemandu Grab, Aiman Nosri pada Sabtu lepas boleh diselesai segera susulan penangkapan seorang kelindan lori malam tadi dipercayai suspek terakhir kejadian itu.

Aiman tidak dilindungi Perkeso
Pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher, didapati tidak dilindungi dibawah Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.

Pemandu mati dijerut: Jangan dedah maklumat peribadi mangsa - Grab
Grab sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan melibatkan mangsa Aiman Nosri.