Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias.
Azisman berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat.
"Perbincangan dari sudut perundangan akan dibuat dan saya percaya masyarakat juga mengalu-alukan perkara ini," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini pada Jumaat ketika mengulas tentang peningkatan kes kemalangan maut melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Mengikut undang-undang sedia ada individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan.
BACA: Pekerja MBPP maut dirempuh wanita mabuk
BACA: Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk
VIDEO: Kemalangan disebabkan pengaruh alkohol meningkat
Azisman berkata polis sentiasa memantau tentang perkara itu kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu itu sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Sementara itu, Skuad 42 dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di seluruh kontinjen akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras aktiviti samseng jalanan atau 'Mat Rempit'.
"Untuk menangani samseng jalanan ini, kita akan dakwa mereka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun serta didenda maksimum sehingga RM15,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020

Datuk Azisman Alias (tengah) pada sidang media khas berhubung Op Selamat 16/2020 sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.

Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.

Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.

21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.

Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.

Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.

Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.