GUA MUSANG: Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto, di sini, semalam.
Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dia yang sedang memandu ditemani Mohd Amir Saari, 25, ternampak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang.
"Sebelum itu, waktu pagi saya sudah pun melihat kelibat harimau itu di atas jalan, tetapi hanya sempat mengambil gambar ... pada petangnya saya sempat merakam video dan berkongsi maklumat itu kepada penduduk melalui aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.
Che Fiti Zulhilmi yang berkongsi video berkenaan kepada penduduk setempat meminta pengguna jalan raya lain berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan, turut berharap rakaman itu mendapat perhatian pihak berwajib agar dapat mengambil tindakan drastik demi keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
"Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap pak belang ini kerana bimbang kehadiran haiwan ini akan menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu yang menggunakan laluan ini terkejut dan tidak sempat mengelak.
"Saya dapat melihatnya sebanyak dua kali dalam hari yang sama di jalan utama dari Gua Musang ke Jeli dan tidak mustahil haiwan itu akan muncul semula dan mungkin akan mengakibatkan bahaya kepada penduduk," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima aduan berkenaan kejadian yang telah tular itu.
"Pihak kami telah ke tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto, Gua Musang, Kelantan, semalam. - Gambar BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli
Che Fiti Zulhilmi Che Leh mendakwa terserempak dengan harimau belang dua kali dalam sehari ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto.

Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah
Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.

Penduduk ketakutan bimbang diserang Pak Belang
Keadaan itu menyebabkan mata pencarian penduduk terjejas kerana ada antara mereka tidak keluar ke kebun sejak tiga minggu lalu.

Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah
Perhilitan sedia maklum mengenai penemuan berkenaan dan telah melakukan tindakan awal bagi mengesan haiwan berkenaan.

Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau
Perhilitan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri termasuk berswafoto jika terserempak dengan binatang buas.