TASEK GELUGOR: Seorang pemandu maut selepas lori muatan ais yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan di Jalan Permatang Manggis, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Selasa.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala rakannya yang juga kelindan lelaki berusia 22 tahun cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Rdzi Ahmad berkata kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan sejurus melalui satu selekoh lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar papan tanda di sebelah kiri jalan berkenaan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan lelaki hanya mengalami cedera ringan dan di rawat di Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas.
"Siasatan juga mendapati pemandu lori ais itu tidak mempunyai lesen memandu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.
Mohd Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular video dan gambar kemalangan lori ais yang terbabas sendiri dalam laman sosial Facebook.
Rakaman tersebut memaparkan seluruh bahagian cermin depan lori berkenaan pecah, bahagian belakang remuk serta terdapat puluhan beg mengandungi ais batu yang dipercayai untuk dihantar ke premis berhampiran berada di tepi jalan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 17 2022

Seorang pemandu maut selepas lori muatan ais yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan. - Foto ihsan pembaca

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Pemandu lori ais maut rempuh papan tanda jalan
Seorang pemandu maut selepas lori muatan ais yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan.

PKP: Pemandu lori ais ditahan bawa air ketum ketika sekatan jalan raya
Kejadian berlaku ketika polis membuat sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kilometer 43, Jalan Ipoh - Teluk Intan, Mambang Diawan, di sini pada Ahad.

Ingkar PKP: Pemandu lori ais ditahan alih penghadang jalan
Lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan selepas video berdurasi 28 saat dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melalui aplikasi WhatsApp oleh pemandu lain.

Pelajar maut digilis lori ais
Seorang murid tahun satu maut selepas dirempuh sebuah lori ais pada Ahad.

Ketidakseimbangan muatan lori air batu mungkin punca kemalangan di Tapah
Sekiranya siasatan lanjut mendapati ketidakseimbangan muatan punca sebenar kemalangan, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik dan pemandu lori.

Pasukan CRU Miros kaji kemalangan di Tapah - Lam Thye
Pasukan Unit Rekonstruksi Kemalangan (CRU) akan melakukan kajian di tapak kemalangan sebuah van dengan lori ais yang menyebabkan sembilan maut di Tapah pada Sabtu lepas.

Sembilan maut van bertembung lori ais di Tapah
Kesemua sembilan mangsa terdiri daripada lapan perempuan dan seorang lelaki berusia sekitar 40 hingga 60 tahun maut di tempat kejadian.