Seorang pemandu lori kargo dan kelindannya maut selepas kenderaan itu melanggar lori tangki minyak sawit di KM11 Jalan Kuching-Sri Aman dekat Simunjan pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu turut menyebabkan pemandu lori tangki minyak sawit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sri Aman.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata ketika kejadian, lori kargo itu sedang dalam perjalanan dari arah Sri Aman ke Kuching manakala lori tangki minyak sawit dari arah bertentangan.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kargo yang dipandu Lee Poh Ang, 27, bersama kelindan ,Wong Soong Kui, 37, telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar lori tangki minyak sawit yang dipandu Azni Ali, 49," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bingkok berkata akibat pelanggaran itu, Soong Kui maut di tempat kejadian manakala Poh Ang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Azni pula mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017

Seorang pemandu lori kargo dan kelindannya maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah lori tangki minyak sawit dalam satu kejadian di KM 11 Jalan Kuching-Sri Aman dekat Simunjan pagi tadi. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kendalian kargo Pelabuhan Pulau Pinang naik 0.77 peratus pada 2024 - Hasbi
Pelabuhan Pulau Pinang mencatat prestasi pengendalian kargo yang meningkat sebanyak 0.77 peratus iaitu 32.33 juta tan berat muatan pada 2024.

Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.

DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.

Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan.

Seorang lelaki ditahan susulan penemuan uranium di Lapangan Terbang Heathrow
Polis di Cheshire menahan seorang lelaki berusia 60-an pada Sabtu di bawah seksyen sembilan Akta Keganasan.

Tempoh selesai kendali kargo di Pelabuhan Labuan kini hanya 24 jam
Pelabuhan yang baru dinaik taraf itu akan mewujudkan peluang dan perniagaan baharu yang akan memberi manfaat kepada Labuan.

Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan
Rak-rak di premis bebas cukai telah kosong selama hampir sebulan ketika kebanyakan pengusaha terus bergelut untuk menambah stok sedia ada.

MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.