PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan kemudahan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) masih mampu mengendalikan permintaan kargo dan penumpang berdasarkan dapatan konsultan Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP).
Pada masa sama, MOT berkata ia tiada halangan berhubung cadangan pelaksanaan Pusat Kecemerlangan MRO Kedah Aerotropolis (KAAMROCE) dan hab Logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) sebagai sebahagian daripada pembangunan bercampur di bawah Kedah Aerotropolis tetapi tiada keperluan buat masa ini untuk sebuah lapangan terbang baharu dibangunkan.
Kerajaan Negeri Kedah wajar menjadikan lapangan terbang sedia ada iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar atau LTAPP sebagai fasiliti yang menyokong pelaksanaan KAAMROCE dan SLAM bagi membolehkan projek itu dilaksanakan segera, katanya.
Kenyataan MOT pada Sabtu adalah sebagai penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan termasuk dalam isu pembinaan KXP.
MOT berkata pada masa ini ia sedang melaksanakan Kajian NASP yang dijangka siap pada akhir tahun ini antara lain bertujuan menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan sebenar bersandarkan kepada data sahih dan tepat.
"LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan dari segi pengendalian penumpang sehingga 20 juta penumpang setahun (mppa) sehingga tahun 2042.
Dalam hubungan ini, lapangan terbang baharu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya boleh dipertimbangkan untuk dibina selepas LTAPP mencapai kapasiti maksimum 20 juta mppa yang diunjurkan pada tahun 2042. Perlu ditekankan bahawa setakat ini, tiada sebarang cadangan penyertaan swasta yang mampu membiayai kos projek KXP," menurut MOT.
Berdasarkan perbandingan unjuran kargo KXP yang disediakan oleh pihak KXP Airportcity dan unjuran LTAPP yang disediakan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula, MOT berkata unjuran kargo KXP yang dicadangkan didapati agak tinggi bagi sebuah lapangan terbang baharu, berbanding dengan unjuran kargo di LTAPP yang merupakan sebuah lapangan terbang yang telah lama beroperasi dengan jaringan kesalinghubungan udara yang telah meluas
"Dalam hal ini, KXP merupakan sebuah lapangan terbang yang baharu dan bukan merupakan sebuah lapangan terbang sedia ada yang mempunyai infrastruktur serta jaringan kesalinghubungan yang telah tersedia dan meluas.
Justeru itu, kemampuan KXP sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa kargo berasaskan kepada unjuran kargo yang disediakan oleh KXP Airportcity boleh dipertikaikan dan adalah kurang tepat," kata MOT.
MOT dalam pada itu berkata dapatan kajian NASP menunjukkan sebanyak 92 peratus kargo yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah daripada perkhidmatan penerbangan penumpang melalui "belly cargo", manakala hanya lapan peratus sahaja kargo yang dikendalikan oleh perkhidmatan penerbangan penuh kargo.
Ia jelas menggambarkan bahawa kebergantungan KXP terhadap perkhidmatan penerbangan penuh kargo semata-mata tidak akan memberikan lonjakan yang besar kepada KXP untuk menjadi sebuah lapangan terbang kargo yang berdaya maju, sebaliknya KXP perlu juga bergantung kepada perkhidmatan penerbangan penumpang untuk mengangkut kargo.
MOT juga berkata ia sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan pembangunan daripada kerajaan negeri mahupun pihak pelabur swasta yang membawa manfaat ekonomi, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan yang lestari tetapi dalam masa yang sama ia akan meneliti secara mendalam mana-mana pembangunan termasuk lapangan terbang bagi memastikan projek berkenaan berdaya maju dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
![Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688228560_TBPENANGINTAIRPORT.jpg)
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan. - Gambar fail Bernama
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
![Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716462838_TBrampasandadah.jpg)
Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP
Polis menahan dua lelaki warga Indonesia ketika cuba menyeludup keluar syabu dan pil ekstasi bernilai RM64,700 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lepas.
![Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709018798_TBanthonylokejp.jpg)
Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke
Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas.
![Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688228560_TBPENANGINTAIRPORT.jpg)
Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan.
![Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684381223_Tikussalai.jpg)
Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
MAQIS Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
![Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis
Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis.
![LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668499406_KahSiong.jpg)
LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar
Lim Guan Eng mendakwa Wee Ka Siong tidak bercakap benar mengenai peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan berhubung isu pembesaran dan menaik taraf LTAPP.
![Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664029006_YeohSoonHin.jpg)
Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco
Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.
![Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664019460_Airportpenangbanji.jpg)
Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air
Perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi Sabtu.
![VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647437549_VTLPulauPinangSin.jpg)
VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
![P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/81533573807_PenangAirport.jpg)
P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia
Dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.