ALOR SETAR: Seorang pemandu e-hailing ditahan ketika cuba menyeludup tujuh pendatang tanpa izin (PATI) sewaktu melintasi Plaza Tol Hutan Kampung arah Selatan pada jam 10.40 pagi Isnin.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kegiatan suspek telah dikesan pasukan dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kerana dipercayai lebih dari 18 kali menjadi transporter membawa PATI ke destinasi yang dijanjikan sindiket.
Beliau berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan ketika memadu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza selepas menerima upah RM300 dari seorang lelaki bagi satu trip perjalanan untuk di hantar ke Kulim.
“Sebaik pemeriksaan dilakukan menemui tujuh PATI warga Myanmar di sebelah tempat duduk pemandu dan bahagian belakang.
“Hasil siasatan mendapati suspek datang dari Pulau Pinang mengambil kesemua PATI terbabit di sebuah hotel bajet di pekan Changlun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Wan Hassan memaklumkan, tiga lelaki dan empat wanita Myanmar berusia 23 hingga 41 tahun itu dipercayai masuk dari Thailand melalui jalan darat.
Katanya, setiap seorang daripada PATI berkenaan telah membayar RM700 kepada ejen Thailand sebelum memasuki negara ini.
Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007/Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 16 2022
Pemandu e-hailing ditahan ketika cuba menyeludup tujuh pendatang tanpa izin sewaktu melintasi Plaza Tol Hutan Kampung arah Selatan. - Foto ihsan polis
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
16 pendatang tanpa izin ditahan di premis hiburan haram di Puchong
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 16 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah premis diubah suai menjadi pusat hiburan haram di Puchong, Selangor, semalam.
Berdepan cabaran keselamatan, ESSCOM pastikan negara kekal aman, selamat
Pengalaman negara berhadapan detik hitam pencerobohan pengganas bersenjata Sulu lebih 11 tahun lepas mengajar semua pihak betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Tiga warga Malaysia ditahan di Filipina diterbangkan ke Manila esok - Saifuddin
Saifuddin berkata mereka dihantar ke Manila untuk proses dokumentasi, sebelum pengusiran dilakukan pihak berkuasa Filipina.
[KOLUMNIS] Pemimpin dan pentadbir dalam mengurus negara maju dengan jiwa merdeka
Negara ini pernah di urus oleh penjajah. Misi mereka mengaut kesuburan dan hasil negara dan mempamerkan kehebatan dengan bermotivasikan 3G.
Canselor Scholz mahu Jerman tingkatkan pengusiran selepas serangan Solingen
Olaf Scholz berkata beliau mahu meningkatkan pengusiran pendatang tanpa izin, beberapa hari selepas serangan tikam di Solingen.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
60 PATI termasuk 36 lelaki Bangladesh ditahan di rumah penampungan
Ketika diserbu, kesemua warga Bangladesh itu tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa kerana sedang nyenyak tidur.
Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin
Seramai 40 pendatang tanpa izin ditahan di Brickfields kerana tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa.
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Medan selera kompleks beli-belah gaji pendatang tanpa izin digempur
Sebanyak 16 pendatang tanpa izin dan dua warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di medan selera sebuah kompleks beli-belah di Taman Melati hari ini.