GUA MUSANG: Seorang doktor dan jururawat serta pemandu cedera apabila ambulans dinaiki mereka dalam perjalangan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Kuala Krai terbabas dan masuk ke dalam longkang di Kilometer (KM) 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu ambulans dilaporkan cuba mengelak ke kiri jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton memasuki laluannya ketika mengambil selekoh.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, berkata semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Gua Musang.
Beliau berkata ambulans itu terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang elektrik, menyebabkan doktor dan pemandu tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Katanya, pemandu ambulans, Anuar Shamsudin, 39, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mengalami cedera parah di bahagian kepala, Dr Al-Farouq Nazmi, 28, patah tangan dan jari kiri manakala jururawat, Nur Hafini Hanis Hasbullah, 36, mengalami cedera ringan.
"Kami sedang mengesan pemandu kenderaan Mitsubishi Triton itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat," katanya, dalam kenyataan. di sini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan an Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang, atau menghubungi Pengawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Pemandu ambulans cuba mengelak ke kiri jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda memasuki laluannya ketika mengambil selekoh. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pemandu, doktor dan jururawat cedera, ambulans terbabas masuk longkang
Pemandu ambulans cuba mengelak ke kiri jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda memasuki laluannya ketika mengambil selekoh.

Ambulans terbabas di lebuh raya, pemandu dan pesakit maut
Mangsa lain termasuk seorang doktor, jururawat dan pembantu pemandu dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.