JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas persiaran warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis, atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi pada Selasa lalu.
Tertuduh, Low Yong Pang Benjamin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Mengikut kertas pertuduhan, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah bas jenis Scania yang dipandu warga Singapura itu dikesan memiliki kira-kira 500 liter barang kawalan terbabit.
Jumlah berkenaan melebihi had pembelian 20 liter diesel yang dibenarkan untuk kenderaan berpendaftaran asing.
Satu kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Jalan Kempas Baru, Johor Bahru, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Muhamad Sabiq Mohd Subri manakala tertuduh diwakili peguam Dahlia Tan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 beserta dua orang penjamin tempatan.
6 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengesahan dokumen dan laporan kimia.
Muhammad Aiman Hakeem
Thu Jun 01 2023
![Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685597109_selewengdiesel.jpg)
Low Yong Pang Benjamin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi. - Foto Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719980882_PemanduBas.jpg)
Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China mengaku tidak bersalah.
![Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685597109_selewengdiesel.jpg)
Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi
Seorang pemandu bas persiaran warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis, atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi.
![Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573199762_TBPEMANDUMABUK.jpg)
Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen
Pemandu bas persiaran yang melanggar seorang pelajar sehingga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas, semalam positif dadah.