Pemandu bas Malaysia yang membawa pekerja kilang serta kanak-kanak sekolah dari Johor Bahru ke Singapura telah melancarkan mogok pagi ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di Tambak Johor.
Dalam laporan Channel News Asia, mogok tersebut dilancarkan disebabkan kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos yang akan memberi kesan ke atas kemasukan kenderaan dari kedua-dua arah.
Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada 8 pagi memaklumkan bahawa perkhidmatan bas 160, 170, 170X dan 950 ke Johor Bahru telah dihentikan.
Kata penasihat LTA, penggantungan tersebut adalah disebabkan protes yang diadakan terhadap kenaikan kadar tol oleh pengusaha bas Malaysia yang menghalang aliran trafik bas melalui Tambak Johor.
Namun begitu, pada jam 9:40 pagi, LTA melaporkan bahawa bas 160, 170, 170X telah memulakan separuh perjalanan manakala bas 950 telah mula beroperasi sepenuhnya.
Agensi media di Singapura, MediaCorp Hotline dilaporkan telah menerima sekurang-kurangnya lima panggilan mengenai perkara tersebut pagi ini.
Salah seorang pemanggil memberitahu bahawa banyak bas bernombor pendaftaran Malaysia yang membawa pekerja kilang enggan meneruskan perjalanan ke Singapura di Woodlands.
Pekerja kilang terpaksa turun di Kompleks CIQ Malaysia dan berjalan kaki memasuki Singapura untuk menaiki bas ke tempat kerja mereka.
Satu lagi pemanggil berkata kesesakan di Kompleks CIQ telah menjejaskan perjalanan pelajar-pelajar ke sekolah mereka di Singapura.
Katanya lagi, kebanyakan mereka tiba lewat ke sekolah pagi ini.
Singapura telah mengumumkan kenaikan caj VEP daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari.
Manakala kadar tol baharu arah masuk Malaysia bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing ialah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.
Situasi protes yang dikatakan bermula seawal jam 5 pagi itu dikatakan beransur pulih selepas jam 8 pagi.
Azyyati Ahmad
Fri Aug 01 2014
![Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41406859035_295x200.jpg)
Pada jam 9:40 pagi, LTA melaporkan bahawa bas 160, 170, 170X telah memulakan separuh perjalanan manakala bas 950 telah mula beroperasi sepenuhnya
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717234573_Pokoktumbang.jpg)
Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.
![Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis
Seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
![Persimpangan bertingkat Alam Damai dibuka 12.01 tengah malam ini - Prolintas Persimpangan bertingkat Alam Damai dibuka 12.01 tengah malam ini - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Persimpangan bertingkat Alam Damai dibuka 12.01 tengah malam ini - Prolintas
Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibuka kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini.
![Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695215028_banjir.jpg)
Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.
![Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695200928_aktorhongkong.jpg)
Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak
Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.
![Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694655024_kesesakan.jpg)
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
![Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691500213_FisolSalleh.jpg)
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
![Jambatan Baharu Marang surai kesesakan, tingkat taraf sosioekonomi rakyat Jambatan Baharu Marang surai kesesakan, tingkat taraf sosioekonomi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690421580_jambatan.jpg)
Jambatan Baharu Marang surai kesesakan, tingkat taraf sosioekonomi rakyat
Projek melibatkan jajaran sepanjang 2.5km di laluan FT003 Kuala Terengganu ke Kuantan itu dijangka siap pada Jun 2025.
![Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684810663_NorwayPublicTranspor.jpg)
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.
![Penyelarasan antara agensi perlu dalam laksana penyelenggaraan jalan raya - Ahli akademik Penyelarasan antara agensi perlu dalam laksana penyelenggaraan jalan raya - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681981794_TBTINJAUTOL.jpg)
Penyelarasan antara agensi perlu dalam laksana penyelenggaraan jalan raya - Ahli akademik
Setiap agensi terlibat dalam penyelenggaran jalan raya, perlulah melaksanakannya secara bersepadu bagi mengatasi isu kesesakan apabila jalan raya atau lebuh raya ditutup ketika kerja-kerja dijalankan.