BALIK PULAU: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menghalang pihak polis menjalankan tugas di Bayan Lepas, di sini hari ini.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam terdapat seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
"Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 63 tahun tersebut telah memberhentikan kereta di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan orang awam cuba menasihati suspek tetapi tidak diendahkan dan mengaku sebagai polis sambil menunjukkan sekeping kad polis komuniti.
Pihak polis terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat itu dan meminta lelaki itu menunjukkan kad pengenalan serta mengalihkan kereta tetapi suspek enggan mengemukakan kad pengenalan malah turut enggan mengalihkan kenderaannya," menurut kenyataan itu.
Pihak polis menahan lelaki terbabit dan merampas sekeping kad polis komuniti miliknya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 dan 186 Kanun Keseksaan. .
Sementara itu, dalam kes berasingan kenyataan itu memaklumkan polis menyita dua motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Daerah Barat Daya dari pukul 11 malam tadi hingga 3 pagi ini.
Pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 31 keping saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, ubah suai motosikal keterlaluan dan tiada cermin sisi.
"Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Operasi itu memfokuskan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Dua ditahan peras ugut, menyamar polis sasar warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes pemerasan dan penyamaran sebagai anggota polis di Bandar Tenggara di sini semalam.
Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.
Dua individu menyamar polis samun warga Myanmar dipenjara setahun, tiga sebatan
Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Myanmar dua bulan lepas.
Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hampir sebulan baru sedar ditipu 'Inspektor Hazizi'
Mangsa berusia 36 tahun itu hanya sedar dirinya ditipu setelah hampir sebulan dan melakukan tujuh pindahan wang ke enam bank berbeza.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Dua pelajar sekolah antara tiga ditahan menipu, menyamar anggota polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ketiga-tiganya akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada esok.
Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis
Seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.