KUALA TERENGGANU: Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini awal pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, mangsa, Nik Nordin Jusoh, 51, yang berasal dari Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan dilaporkan meninggal jam 4.02 pagi.
Difahamkan, mangsa sebelum ini menerima rawatan di hospital sama kerana mengalami kecederaan pada bahagian limpa dan patah kaki kiri.
Nahas melibatkan dua kenderaan itu turut meragut nyawa pasangan suami isteri, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46 menjadikan seramai tiga mangsa telah meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa yang merupakan anak pasangan suami isteri berkenaan iaitu Che Ku Nur Batrisya Che Ku Yusoff, 18, masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Difahamkan mangsa mengalami patah kedua belah kaki dan dua belah tangan serta cedera pada perut.
Jumaat lalu, sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Sungai Ikan, di sini, kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Kejadian itu turut menyebabkan lapan penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di HSNZ dan di Hospital Setiu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 23 2023

Mangsa sebelum ini menerima rawatan di hospital HSNZ kerana mengalami kecederaan pada bahagian limpa dan patah kaki kiri. - Sinar Harian

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu

Pemandu bas ekspres terlibat kemalangan meninggal dunia
Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) awal pagi Ahad.

Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
Lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.

Bantuan RM500 sekali beri untuk pemandu bas ekspres
Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

SPAD mulakan tindakan undang-undang dalam kes pemandu bas pukul penumpang
Pengendali bas telah melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD pandang serius kes pemandu bas pukul penumpang
Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata tindakan termasuk membatalkan lesen memandu boleh dikenakan jika siasatan polis mendapati pemandu berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

15 pemandu bas didapati positif dadah
Seramai 15 daripada 1,986 pemandu bas ekspres didapati gagal dalam ujian saringan dadah yang dijalankan oleh JPJ setakat ini.