JERTIH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama seorang rakannya berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa hilang dikenali sebagai Hussin Jusoh, 46, dari Kampung Telaga Papan, Pasir Putih, Kelantan, manakala rakannya yang selamat dikenali sebagai Mohd Faizol Ya, 35.
"Pihak polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.50 pagi ini (Sabtu) sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 8 pagi ini.
"SAR melibatkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya SAR diaktifkan menggunakan dua bot penyelamat dengan melakukan carian di permukaan air.
Abdul Rozak berkata sebelum kejadian mangsa bersama Mohd Faizol dikatakan menaiki bot gentian kaca dan berlabuh di tepi jeti Kampung Amir berhampiran pintu Empangan Pengkalan Nangka.
Beliau berkata ketika dua sahabat itu sedang memancing, bot mereka dihanyutkan arus sungai yang deras sebelum tersangkut pada kayu dan terbalik.
"Rakan mangsa sempat berenang ke tebing sungai tetapi mangsa dihanyutkan arus dan gagal diselamatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Dikatakan, ketika dua sahabat itu sedang memancing, bot mereka dihanyutkan arus sungai yang deras sebelum tersangkut pada kayu dan terbalik. - Gambar hiasan
Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua anak mangsa nahas belum tahu lima ahli keluarga sudah tiada - Exco
Ngwe Hee Sem berkata meskipun keadaan mereka dilaporkan stabil, namun tindakan itu diambil bagi memastikan emosi dua beradik itu tidak terganggu.
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas: 42 penumpang dikhuatiri maut, 25 terselamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.