Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama empat yang lain terbalik di Empangan Semenyih, malam tadi, ditemui lemas.
Mayat Amer Nur Rashid Dzulrashid, 28, seorang anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar empangan berkenaan pada pukul 11.26 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.48 malam tadi.
Katanya ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa bersama empat rakannya dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, di Empangan Semenyih untuk memancing sebelum bot yang dinaiki terbalik.
Empat rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing pulau berkenaan, sebelum menyedari mangsa hilang.
"Sebelum itu, bot yang sama telah membawa lima lagi rakan mangsa menyeberang ke pulau berkenaan.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sejak awal pagi tadi manakala sembilan rakan mangsa yang berusia antara 21 hingga 38 tahun itu berjaya diselamatkan pada pukul 6.58 pagi tadi," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017

Empat rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing pulau berkenaan, sebelum menyedari mangsa hilang. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pemancing hilang di Empangan Semenyih ditemui lemas
Mayat Amer Nur Rashid Dzulrashid, 28, seorang anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar empangan berkenaan pada pukul 11.26 pagi.