KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka disifatkan masih relevan dan prosedur operasi standard (SOP) itu masih wajar diwajibkan walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan endemik.
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin bagaimanapun menjangkakan tempoh pemakaian pelitup muka kemungkinan dilonggarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, atau seawal Jun ini.
Jelas beliau, jangkaan tersebut bersandarkan kepada indikator risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara.
"Kalau kita dapat lihat jumlah kes harian menunjukkan penurunan yang signifikan bagi majoriti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"(Penurunan kes) semuanya ke arah dua hingga tiga digit kecuali Selangor yang kita nampak masih lagi bertungkus-lumus di angka empat digit.
"Selain itu, peratus vaksinasi juga telah menghampiri 100 peratus, dan ini juga merupakan data yang amat baik untuk menyokong kelonggaran daripada pemakaian pelitup muka. Kalau dapat lihat program vaksinasi kanak-kanak juga amat baik.
"Cuma beberapa perkara seperti pengambilan dos penggalak nampaknya kurang menggalakkan dan juga varian-varian dan sub varian Omicron yang baharu seperti varian XE yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
BACA: Polis nafi saman tidak dikenakan jika tidak pakai pelitup muka semasa Ramadan, Syawal
Mengulas lanjut, Shamsul Bahari berkata setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah pun memberikan sembilan kelonggaran pemakaian pelitup muka termasuk aktiviti sukan dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
Pun begitu jelas beliau, apa yang diharapkan oleh kebanyakan masyarakat adalah kebenaran secara penuh terhadap SOP tersebut.
Namun, keputusan untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka, tegasnya tidak boleh dibuat dengan hanya membuat perbandingan dengan negara-negara lain.
"Saya dimaklumkan India telah menarik kembali kelonggaran pelitup muka akibat ada gelombang baharu jangkitan. Ini yang pihak KKM perlu pandang serius untuk tidak tergopoh-gapah dalam memberi satu-satu kelonggaran.
"Selain daripada pemakaian pelitup muka, perkara lain yang perlu juga untuk dipertimbangkan oleh KKM ialah imbasan kod QR... itu juga boleh disekalikan dengan pelitup muka sebagai satu kelonggaran. Seperti saya maklumkan tadi, kita ingin lihat setiap negeri sekurang-kurangnya mencapai dua atau tiga digit," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 22 2022

Pemakaian pelitup muka disifatkan masih relevan dan prosedur operasi standard (SOP) itu wajar diwajibkan lagi walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan endemik. - Gambar fail/BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Pemakaian pelitup muka mungkin dilonggarkan seawal Jun ini - Pakar
Jangkaan tersebut bersandarkan kepada indikator terhadap risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara.