KUALA LUMPUR: Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.
Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata pihaknya telah melaksanakan kajian Mekanisme Penetapan Tarif bagi memastikan pelarasan yang adil kepada syarikat pengendali dan pengguna.
"Kita mengambil kira perbelanjaan operasi serta perbelanjaan modal syarikat dan kita telah menentukan berapa kadar yang harus dilaksanakan, dan bukan operator yang menentukan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Pelarasan Tarif Air 2024' terbitan Bernama TV malam Khamis.
Pada masa sama, beliau berkata sekiranya pelarasan tarif air itu dilaksana pada tahun ini, SPAN menjangkakan kadar kenaikan yang dikenakan kepada pengguna secara purata hanyalah RM3 tambahan kepada bil semasa.
"Kalau pengguna membayar bil semasanya sekitar RM20, ia akan menjadi RM23... ia hanya peningkatan 10 sen sehari dan merupakan peningkatan minimum yang dikenakan kepada pengguna," katanya.
Mohd Fazil berkata tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti.
"Kebanyakan masalah berpunca daripada paip usang dan fasiliti uzur. Mereka nak menjalankan kerja-kerja (menaik taraf) itu namun oleh kerana tarif pun rendah dan operator pun tidak cukup dana, bagaimana kerja itu dapat dilaksanakan?" katanya.
Pemangku Presiden Forum Air Amlir Ayat pula bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pelarasan tarif itu bagi memastikan rakyat sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air.
"Ada sesetengah masyarakat menggunakan air tanpa rasa terbeban mungkin kerana harganya yang murah namun dengan langkah ini, masyarakat dapat mengajar generasi muda untuk menggunakan air secara berhemah," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap pihak peniaga dan syarikat tidak mengambil peluang menaikkan harga barang dan perkhidmatan susulan pelarasan tarif air.
"Saya memahami keadaan ekonomi semasa namun janganlah sampai menyeksa pengguna sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Pelarasan tarif untuk kelestarian perkhidmatan bukan untuk syarikat air kaut untung
Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.