BINTULU: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 adalah bukti kepercayaan terhadap wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) memimpin dewan itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau yang juga Pengerusi GPS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar kerana mencadangkan nama Awang Bemee sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.
"Kita ucap tahniahlah kepada Awang Bemee kerana telah diberikan kepercayaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri untuk dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Methanol Sarawak Petchem di sini, hari ini.
Pelantikan Awang Bemee dicadangkan oleh Anwar pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lepas.
Mutang sebelum itu telah menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan pada 26 Jan lepas.
Awang Bemee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak mengangkat sumpah sebagai Senator pada 15 Julai lepas atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh hingga 14 Julai 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mencadangkan nama Awang Bemee sebagai calon tunggal bagi jawatan itu. - Gambar fail/Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Penyelesaian jangka panjang kawal inflasi kos perubatan sedang ditangani segera - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.