Pengguna tidak perlu membuat sebarang permohonan berhubung diskaun yang diberikan melalui Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan oleh Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, pihaknya akan memperkenalkan penyata terperinci bagi Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang bermula dari April hingga Julai kepada pelanggan.
"Untuk memberi penjelasan lanjut berhubung diskaun TNB memperkenalkan penyataan terperinci bagi bantuan prihatin elektrik yang bermula daripada bulan April sehingga Julai.
"Kita akan berikan juga jumlah keseluruhan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada April sehingga Julai 2020," katanya dalam program AWANI Pagi terbitan Astro AWANI, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Megat berkata terdapat sedikit perubahan yang akan berlaku dalam operasi pembacaan meter bagi bulan Julai.
Jelasnya, pembaca meter masih akan ke premis untuk membuat bacaan namun dapatannya akan dibawa pulang ke pejabat bagi tujuan pemprosesan sebelum penyata terperinci berserta bil bagi bulan Julai diposkan kepada pelanggan.
"Pelanggan akan menerima bil terperinci dan bil biasa bulan Julai selepas 7 hari daripada pembacaan jangka," jelasnya.
Dalam pada itu, Megas menjangkakan lebih daripada 99 peratus pelanggan domestik akan menerima penyata terperinci beserta bil bulan Julai.
Bagi premis yang tidak boleh diakses oleh pembaca meter, TNB akan cuba menghubungi pelanggan supaya boleh menentukan tarikh pembaca meter boleh membuat bacaan atau pelanggan boleh menghubungi TNB Careline untuk membuat temujanji.
Dalam usaha untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 kepada rakyat, TNB memperkenalkan pakej pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Megat, pakej bantuan itu merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM), penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan kediaman.
"Dalam bil yang diterima setiap bulan itu akan ada satu kotak kuning di atas bil itu yang menyatakan Pelan Bayaran Mudah ini dan berapa yang pelanggan boleh bayar setiap bulan sehingga Disember 2020.
"Sekiranya masih ada lagi tunggakan bagi bulan Julai contohnya, pelanggan masih boleh menggunakan Skim Bayaran Mudah ini sehingga akhir 2020," jelasnya.
Kata Megat, TNB berinteraksi dengan pelanggan melalui tiga saluran utama yang dipanggil 3 Click, saluran pertama melalui platform digital seperti e-mail, Twitter dan Facebook selian Careline TNB 1300-8854 daripada 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
"Saluran ketiga adalah 'come over' di mana kita mempersilakan pelanggan untuk datang ke 125 buah kedai tenaga yang ada di seluruh negara," ujar beliau.
Afiezy Azaman
Thu Jul 09 2020

Pengguna tidak perlu membuat sebarang permohonan berhubung diskaun yang diberikan melalui Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan oleh Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Gambar Hiasan.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Pelanggan tidak perlu buat permohonan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan - TNB
TNB akan memperkenalkan penyata terperinci bagi Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang bermula dari April hingga Julai kepada pelanggan.