SHAH ALAM: Seorang pelanggan sebuah bank di negara ini terkejut apabila mendapati baki akaun simpanannya mempunyai jumlah lebih RM400 juta.
Memetik laporan The Straits Times, Pengarah dan Pengasas bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah berkata, mustahil untuk dia menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Hafidzah berkata, akaunnya kemudian disekat tanpa sebarang pemberitahuan menyebabkan beliau menghadapi pelbagai kesukaran selama tiga hari.
Beliau melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berhadapan banyak masalah walaupun kesilapan itu bukan berpunca daripada pihaknya.
“Saya menghargai pengalaman anda (nama bank) berikan sebagai satu momen yang sukar untuk dilupakan, tetapi saya rasa masalah ini agak keterlaluan.
“Anda fikir saya dapat loteri, bukan? Tidak sebenarnya, ia merupakan glitch (gangguan),” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi LinkedIn pada Rabu.
Hafidzah berkata, terpaksa pergi ke cawangan bank untuk menyah sekat akaun berkenaan.
“Gangguan Maybank semasa tempoh pembayaran gaji tidak kelakar.
"Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan melawat Maybank telah menjadi sebagai sebahagian daripada rutin senaman harian saya," ujarnya.
Melalui hantaran berkenaan, naib presiden eksekutif bank itu, meninggalkan komen meminta Hafidzah memberikan nombor telefon untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, bank itu memaklumkan Hafidzah masalah berkenaan telah berjaya diselesaikan pada Jumaat.
Astro Awani
Fri Dec 01 2023
![Pelanggan bank terkejut baki akaun ada lebih RM400 juta Pelanggan bank terkejut baki akaun ada lebih RM400 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Hafidzah Abdullah berkata, mustahil untuk dia menjadi jutawan dalam sekelip mata. - Gambar hiasan
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Pelanggan bank terkejut baki akaun ada lebih RM400 juta Pelanggan bank terkejut baki akaun ada lebih RM400 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Pelanggan bank terkejut baki akaun ada lebih RM400 juta
Seorang pelanggan sebuah bank di negara ini terkejut apabila mendapati baki akaunnya mempunyai simpanan lebih RM400 juta.
![Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692181304_TBbankofIreland.jpg)
Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal
Beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka.
![Juruwang didakwa salah guna wang pelanggan RM45,000 Juruwang didakwa salah guna wang pelanggan RM45,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583384629_JURUWANG.jpg)
Juruwang didakwa salah guna wang pelanggan RM45,000
Tertuduh Nurul Hazariah Abdul Latif, 28, memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
![Bekas peguam dipenjara sembilan tahun pecah amanah urusan pembelian rumah Bekas peguam dipenjara sembilan tahun pecah amanah urusan pembelian rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531265693_JENNYYAPOOILYE.jpg)
Bekas peguam dipenjara sembilan tahun pecah amanah urusan pembelian rumah
Hakim Azman Ahmad menjatuhi hukuman itu terhadap Yap Ooi Lye, 38, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes semalam.