KUALA LUMPUR: Usaha pemerkasaan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) di Sarawak akan diperhebatkan lagi menerusi program pengkomersialan dan pembangunan kraf, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurut Ahli Parlimen Batang Sadong itu, kekayaan setiap daerah di Sarawak dalam penghasilan produk kraf mesti dimanfaatkan kerana pelancong kini berkehendakkan pengalaman pelancongan yang berbeza bukan sekadar mahu melihat keindahan flora dan fauna.
Berdasarkan potensi besar yang ada pada produk tersebut, beliau percaya masyarakat berupaya menjana pendapatan lumayan memandangkan dari tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, terdapat seramai 1,109 usahawan kraf dan 783 tenaga kerja di Sarawak berjaya menjana hasil jualan kraf melebihi RM11.7 juta.
"Ini menunjukkan kita (penduduk) banyak mendapat manfaat. Jadi dalam hal ini, MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) menerusi agensi seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak akan giat menaikkan (memperkasa) pelancongan berasaskan komuniti yang merupakan salah satu segmen di bawah ekopelancongan," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Selain itu, bagi terus mempromosikan Sarawak di peta dunia, Nancy berkata MOTAC merancang memperkenalkan keunikan negeri tersebut di Expo Dubai 2020 yang telah bermula Oktober lepas.
"Kita akan mengisi slot utama Minggu ke-13 dalam expo tersebut bagi mempromosi dan mencapai sasaran menjadikan Sarawak sebagai destinasi pengalaman percutian berorientasikan ekopelancongan di samping untuk penganjuran persidangan mesyuarat dan pameran antarabangsa yang ketika ini telah meninggalkan impak ekonomi RM457 juta kepada negeri bermula 2010 hingga tahun lepas," katanya.
Sebagai melengkapi lagi usaha itu, MOTAC katanya turut telah mengadakan Mesyuarat Destination Coordination Group bersama Kerajaan Sarawak bagi menyelaras dan menggerakkan pembangunan sembilan kluster ekopelancongan yang telah dikenal pasti.
Kluster itu antaranya melibatkan kawasan Lundu-Sematan-Telok Melano-Tanjung Datu; Bako-Santubong-Kubah-Semenggoh-Bau-Padawan; Sri-Aman-Batang Ai-Ulu Sungai Menyang-Maludam; Sibu-Kapit-Tunoh-Baleh-Palagus; serta Mukah-Daro-Pulau Bruit-Tanjung Manis.
"Pembangunan secara kluster ini bagi memastikan lokasi ekopelancongan dapat dibangunkan secara lestari menerusi aktiviti CBT selain membolehkan Program Pengalaman Homestay (inap desa) diperkembangkan secara holistik.
"Pada masa ini terdapat seramai 3,397 pengusaha inap desa di Sarawak yang berdaftar dengan kementerian dari 50 kampung dengan yang paling aktif ialah Homestay Bario Highlands di Miri," katanya.
Nancy berkata bagi aspek kemahiran dan latihan pula, pihaknya juga bersedia menawarkan program upskilling dan reskilling pelancongan kepada penduduk negeri agar mereka mampu bersaing secara signifikan di peringkat antarabangsa.
Katanya ini penting bagi menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030, selain mengambil kira faktor akan wujudnya lebih banyak peluang ekonomi berikutan langkah Indonesia menjadikan Kalimantan Timur yang berdekatan dengan negeri itu sebagai ibu negara, dalam masa terdekat.
"Bila saya sebut upskilling dan reskilling ini mungkin seperti usaha melatih anak-anak muda kita untuk mempelajari pelbagai bahasa, cara untuk menyambut tetamu dan sebagainya.
"Kalau di kawasan saya (Parlimen Batang Sadong) contohnya kita ada pelbagai etnik, jadi perlulah juga untuk kita belajar tentang adat mereka agar ini dapat dijadikan sebagai produk pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Para penari dari Majlis Seni Sarawak berpakaian tradisional suku kaum di Sarawak. - Foto BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC - Abang Johari
Ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.
HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.
Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan 'sakit' di Sarawak
Hanya ada dua projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sarawak ada kemampuan, mahu jadi 'ASEAN Powerhouse' untuk tenaga bersih - Abang Johari
Sarawak mahu peningkatan tenaga pakar yang terdiri daripada anak-anak Sarawak dalam bidang berkaitan tenaga elektrik, dan juga kecerdasan buatan (AI).
Nusantara: PDRM tambah perjawatan JSJN di 13 daerah Sarawak
Langkah menambah perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak dilakukan bagi memperkukuh keselamatan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur.
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri