Seakan-akan tiada kesudahan bagi Emil Kaminski, pendaki gunung Kanada yang dikatakan berbogel di puncak Gunung Kinabalu apabila terus-terusan menimbulkan kemarahan bukan sahaja di kalangan penduduk Sabah, tetapi juga rakyat Malaysia.

Terbaru, Kaminski memuat naik gambar yang diambil di Gunung Kinabalu dengan kapsyen "masa terbaik dalam hidup saya" melalui akaun Facebooknya.

Rakaman gambar itu menunjukkan keindahan puncak gunung Kinabalu bersama sembilan pendaki yang lain, dimana kesemuanya berada dalam keadaan tidak berpakaian.

fb

Sejurus selepas gambar itu dimuat naik, laman Facebook Kaminski dibanjiri dengan kritikan dengan kebanyakan mereka menyifatkan Kaminski sebagai seorang yang tidak sentitif dan gagal untuk menghormati negara lain.

Sebelum ini, pelancong itu memuat naik gambar sebuah kedai di Tawau melalui akaun Facebooknya dan menyifatkan orang Tawau sebagai tidak bijak hanya kerana mereka tidak menyediakan kemudahan internet di kawasan itu.

ll


Walaupun kenyataan Facebook itu dikritik oleh orang ramai tetapi terdapat juga segelintir pengamal media sosial yang masih mempertahankan tindakan Kaminski dan rakan–rakannya.

Kaminski bersama sembilan rakan-rakannya, termasuk empat wanita, yang mendaki Gunung Kinabalu pada 10 Mei lalu dilapor berbogel dan membuang air kecil di puncak Gunung Kinabalu.

Manakala, dilaporkan masyarakat Kadazan Dusun pula percaya tindakan pelancong itu telah menimbulkan kemarahan jiwa gunung, sehingga menyebabkan bencana.