Percutian biasa ke Pulau Tioman meninggalkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi seramai 54 pelancong dari 18 negara selepas mereka terkandas berikutan keadaan laut bergelora yang tidak mengizinkan perkhidmatan feri beroperasi.
Mereka terkandas di pulau tersebut sejak Khamis tetapi tindakan pantas oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa mereka keluar menaiki kapal KD Terengganu membolehkan kesemua mereka selamat tiba di Kuantan pada Selasa.
Seorang pelancong, Moritz Langner, 25, berkata beliau bersyukur kerana beliau dan isterinya Polina Langner, 23, akhirnya tiba di tanah besar hari ini memandangkan penerbangan ke Munich, Jerman dijadualkan berlepas awal pagi Rabu.
"Tentera laut ialah peluang terakhir kami untuk meninggalkan pulau ini. Sekarang kami berharap kami sempat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum penerbangan itu berlepas," katanya.
Langner menambah mereka tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jan sebelum mengambil keputusan ke Pulau Tioman pada 8 Jan.
"Kami merancang ungtuk meluangkan masa dua hingga tiga hari di sana tetapi kami diberitahu bahawa perkhidmatan feri tidak dibenarkan beroperasi kerana berbahaya. Kami menunggu dan bimbang jika terlepas penerbangan kami," katanya.
Bagi Azli Jeman, 30, yang berasal dari Selangor berkata beliau tidak menyangka kunjungan kali pertamanya ke pulau itu untuk bekerja berakhir dengan pengalaman menaiki kapal tentera.
Katanya, beliau diarahkan ke pulau itu untuk melakukan kerja memeriksa dan baik pulih sistem janakuasa di sebuah hotel di situ pada Rabu lalu dan kerja-kerja itu sepatutnya tamat dalam tempoh sehari.
"Saya hendak keluar pada Khamis tapi diberitahu tiada bot kerana ombak kuat. Jadi mahu atau tidak hanya boleh menunggu. Risau juga jika bot yang datang hanya feri kecil kerana ombak kuat," katanya.
Bagi pasangan pengantin baharu, Isma Syukri Ishak dan isterinya, Nur Faradila Daud, kedua-duanya berusia 28 tahun berkata mereka telah lama merancang untuk berbulan madu di pulau peranginan itu selepas bernikah pada minggu lalu.
Katanya, mereka mulai bimbang apabila mengetahui tiada bot dibenarkan untuk membawa keluar pelancong kerana kos percutian semakin meningkat akibat perlu membayar penginapan hotel.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2018
![Pelancong cerita pengalaman terkandas di Pulau Tioman Pelancong cerita pengalaman terkandas di Pulau Tioman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516116230_TLDM.jpg)
Seorang kanak-kanak dibawa turun daripada Kapal KD Terengganu TLDM selepas diselamatkan apabila terkandas di Pulau Tioman di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, 16 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718320728_ShereenVallabuoy.jpg)
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
![Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717855732_TBRIBUTKUANTAN.jpg)
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
![Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717727134_Maut.jpg)
Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas
Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
![Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716716030_TBSukhoi.jpg)
Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun
Pesawat TUDM akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset-aset udara secara rendah bermula esok hingga 2 Jun ini.
![Cef maut motosikal langgar kerbau Cef maut motosikal langgar kerbau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715050988_Cefmautjpg.jpg)
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Pelayan kedai makan maut, motosikal bergesel tayar belakang lori Pelayan kedai makan maut, motosikal bergesel tayar belakang lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712460212_Maut.jpg)
Pelayan kedai makan maut, motosikal bergesel tayar belakang lori
Muhammad Zharif Abd Aziz, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pelbagai kecederaan.
![Polis Pahang patah cubaan edar dadah bernilai RM543,559 Polis Pahang patah cubaan edar dadah bernilai RM543,559](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707193480_RampasanDadah.jpg)
Polis Pahang patah cubaan edar dadah bernilai RM543,559
Polis Pahang berjaya mematahkan cubaan mengedar dadah jenis syabu, heroin dan pil yaba dianggarkan seberat lebih 26 kilogram.
![21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan 21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705137921_OpDadu.jpg)
21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan
Polis menahan 21 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah Kuantan semalam.
![Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701857987_TBJujutsuKaisen.jpg)
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
![13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat 13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694406100_TBkemalangan.jpg)
13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat
13 kereta dirempuh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan.