Percutian sebuah keluarga dari Arab Saudi berakhir tragedi apabila seorang bapa lemas manakala dua anak lelakinya diselamatkan oleh anggota penyelamat ketika mandi di Pantai Tengah, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa Husain Musaad Alawfi, 51 tahun, bersama dua anak, yang tinggal di sebuah hotel berhampiran pantai itu, sedang mandi di luar kawasan yang ditetapkan di pantai itu ketika keadaan ombak besar dan laut bergelora.
Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang dengan memaklumkan tiga lelaki dihanyutkan ombak ke tengah laut.
Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Menara Pantai Cenang, Menara Pantai Tengah dan Menara Pulau Payar digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Anggota penyelamat yang sedang membuat rondaan berjaya menyelamatkan dua anak mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman, 13 tahun, dan Yasir Hussain Aloufi, 21 tahun, jam 3.22 petang manakala Husain Musaad ditemukan kira-kira 30 meter lokasi penemuan anak pada jam 6 petang," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata ketika kejadian, tanda amaran bendera merah telah dinaikkan berikutan keadaan ombak besar dan laut bergelora malahan tiga sekeluarga itu sedang mandi di luar kawasan yang ditetapkan di pantai tersebut.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019
Anggota penyelamat yang sedang membuat rondaan berjaya menyelamatkan dua anak mangsa. - Gambar hiasan
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Fatah tuntut tindakan segera Arab, antarabangsa hentikan genosid di Gaza
Dula turut menggesa pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan segera dengan menghukum penjenayah pendudukan.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawatan kerja PM Anwar ke Turkiye dan Mesir bincang isu Palestin - Wisma Putra
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri akan diiringi oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula
Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
Bawa kes penggunaan kalimah-kalimah Islam ke peringkat Mahkamah Rayuan - Muafakat Nasional
Kerajaan Persekutuan perlu pastikan kes tersebut perlu dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, kata Muafakat Nasional.
Saluran YouTube bahasa Arab 'Omar & Hana' cecah lebih 100,000 langganan
Saluran YouTube Arab siri animasi popular 'Omar & Hana', berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya.
LPP cadang tarik pelaburan RM800 juta dari negara-negara Arab
Rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain.