Pelan Tindakan Perpaduan Nasional yang sudah disiapkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph
Kurup.
Beliau berkata, pelan tindakan berkenaan menggariskan strategi-strategi yang telah disusun dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) berhubung perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Bagi membawa perpaduan ke aras yang baharu, kerajaan akan memastikan pelan tindakan ini akan menjadi teras kepada semua dasar sedia ada ataupun dasar baharu yang akan diperkenalkan pada masa hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, Rabu.
Sehubungan itu, Kurup meminta pihak media untuk membantu inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menjayakan strategi-strategi yang disusun dalam RMK-11 dan Pelan Tindakan Perpaduan Nasional.
"Saya harap agar media juga dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat-menghormati, bertoleransi serta mengamalkan konsep kesederhanaan seperti yang dihasratkan Perdana Menteri," katanya.
Tambah beliau, kerjasama di antara JPNIN dan pihak media akan terus diperkukuhkan bagi memastikan segala usaha JPNIN dalam memupuk perpaduan dapat disampaikan dengan jelas, telus dan meluas bagi memberi sepenuh pendedahan dan manfaat kepada rakyat.
Bernama
Thu Jun 25 2015

Kurup meminta pihak media untuk membantu inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menjayakan strategi-strategi yang disusun dalam RMK-11 dan Pelan Tindakan Perpaduan Nasional. - Gambar Fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.

PM Anwar yakin landskap pertanian negara berubah dalam tempoh satu atau dua tahun
Keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.

Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi.

Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.

Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.

Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.

MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).

MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.