KUALA LUMPUR:Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini melancarkan Pelan Strategik Organisasi KKR 2021-2025 berteraskan empat tonggak yang bertumpukan kepada industri pembinaan dalam pemulihan semula ekonomi Malaysia ke arah merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata teras pertama ialah memperkukuh pembangunan infrastruktur dan keterangkuman wilayah, manakala kedua, memperluas penggunaan teknologi digital dalam pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur.
"Teras ketiga memperkasakan kapasiti dan kebolehan serta daya saing industri pembinaan manakala keempat memantapkan tadbir urus organisasi untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
"Pelan ini telah mengambil kira analisis persekitaran dan cabaran isu semasa serta turut menekankan kerjasama strategik kementerian bersama institusi awam dan swasta iaitu bertujuan melahirkan personel industri pembinaan warga tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan berkualiti," katanya bersempena Majlis Amanat 2021 dan pelancaran Pelan Strategik Organisasi KKR 2021-2025.
Beliau berkata pelan strategik itu juga mengambil kira keupayaan menjayakan Rancangan Malaysia ke-12, kesediaan meneroka Revolusi Industri 4.0 dan dasar-dasar semasa yang akan perkenalkan.
Dalam pada itu, Fadillah berkata tuntutan pelanggan yang semakin meningkat dan mencabar memerlukan perancangan strategik yang holistik dan responsif, perlu disampaikan dengan segera selaras dengan norma baharu.
Kaedah penyampaian perkhidmatan kepada rakyat oleh kementerian dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan tiga Lembaga Profesional akan ditransformasikan melalui penggunaan teknologi digital bagi memastikan projek dirancang memberikan manfaat optimum kepada rakyat.
Teras strategik ini disokong dengan pelan tindakan, pemantauan dan penilaian supaya sentiasa selari dengan aspirasi kerajaan.
"Kementerian akan terus memainkan peranan sebagai pemacu dalam membangunkan kemudahan infrastruktur serta ejen perubahan dalam industri pembinaan negara. Pelan Strategik ini menjadi dokumen penting untuk menunjukkan komitmen KKR serta agensi," katanya.
Sementara itu, Fadillah berkata berikutan pandemik COVID-19, industri pembinaan mengalami kerugian RM11.6 bilion sepanjang tempoh tersebut dan pelbagai masalah timbul akibat penutupan tapak bina seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), kementerian melaksanakan 1,056 projek bernilai RM410.6 juta di bawah PRE 1.0 dan PRE Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada tahun lepas.
"Projek-projek kerajaan telah disusun semula bahkan banyak projek-projek baharu diluluskan bagi tujuan itu. Terkini, dengan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dapat menambah baik inisiatif sedia ada," katanya.
Perkembangan positif mula dilihat pada suku keempat tahun lepas iaitu setakat Disember 2020, sebanyak 98 peratus tapak bina di seluruh negara beroperasi semula sepenuhnya meskipun nilai projek pembinaan menyusut kepada RM61.4 bilion.
Antara pencapaian kementerian tahun lepas ialah penyiapan laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 menghubungkan Kampung Relong, Lipis, Pahang dan Gua Musang, Kelantan khusus untuk kemudahan rakyat meskipun dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Selain itu, katanya sebanyak 46 lokasi kerap berlaku kemalangan di seluruh negara telah dirawat dan dibuat penambahbaikan sepanjang tahun lepas.
Mengenai isu lubang di atas jalan atau 'potholes', Fadillah berkata kementerian memperkenalkan pelan tindakan baharu iaitu Ke Arah Penyenggaraan 'Potholes' Lebih Cekap dalam pelan strategik KKR tersebut.
"Pada tahun lepas sahaja sebanyak 168,000 'potholes' telah ditampal oleh konsesi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 'pothole' yang ditampal dalam tempoh lima tahun bermula 2016 ialah sebanyak 880,049," katanya.
Sementara itu Fadillah berkata menerusi peruntukan RM7.348 bilion di bawah Belanjawan 2021, sebanyak RM1.26 bilion ialah belanja mengurus manakala baki RM6.088 bilion lagi untuk belanja pembangunan.
"Sebanyak 52 projek baharu yang berimpak tinggi dirancang dilaksanakan pada tahun ini khususnya projek-projek lebuh raya bagi melengkapkan jaringan jalan raya di negara kita.
"Projek berimpak tinggi ini juga dilihat sebagai salah satu prospek pemulihan ekonomi yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021

Fadillah berkata pelan strategik itu juga mengambil kira keupayaan menjayakan Rancangan Malaysia ke-12, kesediaan meneroka Revolusi Industri 4.0 dan dasar-dasar semasa yang akan perkenalkan. - Gambar fail/Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

MAF 2024 platform iktiraf, perkasa syarikat francais tempatan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.

Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga India maut dipercayai terhidu bahan kimia ketika cuci lori tangki
Seorang lelaki warga India maut manakala seorang lagi kritikal dipercayai terhidu saki-baki bahan kimia.

PUTRA anjur Kongres Melayu bincang isu berkaitan hak Melayu
Ia dianjurkan bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan hak orang Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti politik.

PEMERKASA: Mungkin tidak perlu lagi PKP selepas ini - PM Muhyiddin
PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan secara lebih bersasar bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

Perkasa sempadan negara dengan aset berteknologi tinggi - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan meningkatkan jumlah pos-pos kawalan sempadan sedia ada.

Pelan Strategik KKR 2021-2025 perkasa industri pembinaan, pulih ekonomi negara
Pelan Strategik Organisasi KKR 2021-2025 berteraskan empat tonggak yang bertumpukan kepada industri pembinaan dalam pemulihan semula ekonomi ke arah merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.