KUALA LUMPUR: Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.
Anugerah itu menjadi platform bagi memperkasa kemajuan serta mengiktiraf syarikat francais tempatan di atas pencapaian serta sumbangan terhadap industri berkenaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penganugerahan itu bertujuan meraikan dan mengiktiraf pencapaian dan inovasi usahawan francais dalam membantu merancakkan ekonomi.
"Saya melihat pengiktirafan ini bukan pengakhiran atau untuk usahawan berpuas hati dengan kejayaan dan pencapaian mereka. Sebaliknya, ia adalah permulaan untuk berusaha lebih gigih membawa produk-produk francais negara agar setanding dengan jenama-jenama gah antarabangsa serta bersaing di peringkat global," katanya pada majlis itu.
MAF 2024 menyaksikan QC Group Sdn Bhd yang mengendalikan jenama HOME Maths Therapy, dinobatkan sebagai jenama francais bumiputera pertama meraih Anugerah Francaisi dan Francaisor Terbaik.
Kategori Majikan Francais Terbaik pula dimenangi oleh Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd dengan jenama Oldtown White Coffee manakala kategori Tanggungjawab Sosial Korporat Francais Terbaik dirangkul oleh Bright Hill Islamic Montessori School Sdn Bhd menerusi jenama Bright Hill.
Acara itu turut mengiktiraf 17 pemenang dalam pelbagai kategori merangkumi Sistem Francais, Francaisor Antarabangsa, Francaisi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Media.
Sementara itu, Pengerusi MFA Datuk Dr Radzali Hassan pula menyifatkan penganjuran MAF 2024 sebagai signifikan dalam usaha membantu usahawan memperkukuh perniagaan mereka.
"Ini juga dapat menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara selain mengalu-alukan kedatangan pelabur asing ke negara ini yang selari dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab francais bagi rantau Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Ewon berkata penganugerahan itu bertujuan meraikan dan mengiktiraf pencapaian dan inovasi usahawan francais dalam membantu merancakkan ekonomi. - Foto BERNAMA

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

MAF 2024 platform iktiraf, perkasa syarikat francais tempatan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.

Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga India maut dipercayai terhidu bahan kimia ketika cuci lori tangki
Seorang lelaki warga India maut manakala seorang lagi kritikal dipercayai terhidu saki-baki bahan kimia.

PUTRA anjur Kongres Melayu bincang isu berkaitan hak Melayu
Ia dianjurkan bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan hak orang Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti politik.

PEMERKASA: Mungkin tidak perlu lagi PKP selepas ini - PM Muhyiddin
PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan secara lebih bersasar bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

Perkasa sempadan negara dengan aset berteknologi tinggi - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan meningkatkan jumlah pos-pos kawalan sempadan sedia ada.

Pelan Strategik KKR 2021-2025 perkasa industri pembinaan, pulih ekonomi negara
Pelan Strategik Organisasi KKR 2021-2025 berteraskan empat tonggak yang bertumpukan kepada industri pembinaan dalam pemulihan semula ekonomi ke arah merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.