KUALA LUMPUR: Indikator antarabangsa mampu membantu Malaysia untuk menangani kes COVID-19 dan bergerak ke hadapan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Selain itu, Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berpandangan, tanpa pemantauan yang mencukupi, pengesanan kontak atau strategi kuarantin, negara akan berdepan dengan masalah sama meskipun berlaku penurunan sehingga 4,000 kes harian.
Kerajaan sebelum ini menetapkan nilai ambang bagi fasa kedua Pelan Pemulihan Negara adalah penurunan kes harian COVID-19 bawah 4,000, tahap penggunaan unit rawatan rapi (ICU) tidak lagi di tahap kritikal, selain 10 peratus penduduk mendapat vaksinasi lengkap dua dos.
Justeru, Dr Adeeba yang juga Pakar Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat empat garis panduan yang telah dikemas kini oleh WHO sebagai tanda aras kesihatan awam.
"Pertama, kadar kemasukan baharu ke hospital iaitu 100,000 per populasi, kadar kematian per 100,000 penduduk, insiden kes atau kes baharu per 100,000 populasi, manakala yang keempat ialah kadar positiviti.
"Jadi, ini empat indikator yang kita lihat ketika ini. Malaysia pada Tahap 3 penularan komuniti bagi insiden kes dan kadar positiviti," katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada forum Bank Dunia bertajuk Weathering the Surge yang dianjurkan secara maya.
Dr Adeeba menambah, penggunaan teknologi dalam pengesanan kontak juga boleh membantu negara memahami secara lebih jelas mengenai epidemiologi tempatan.
Pada masa yang sama, beliau berkata jumlah kumulatif harian kes COVID-19 yang dilaporkan tidak mencukupi untuk memahami penularan pandemik di negara ini.
"Kita memerlukan data real-time yang lebih baik di peringkat nasional, negeri, sub-national sehinggalah kepada daerah. Jadi, kita boleh bergerak ke hadapan dan tidak lagi perlu blanket lockdowns," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 23 2021

Dr Adeeba menambah penggunaan teknologi dalam pengesanan kontak juga boleh membantu negara memahami secara lebih jelas mengenai epidemiologi tempatan - Bernama
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Pelan Pemulihan Negara: Rujuk indikator antarabangsa - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata, terdapat empat garis panduan yang telah dikemaskini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai indikator kesihatan awam,