PUTRAJAYA: Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 dilancarkan hari ini bagi meningkatkan kapasiti campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam bekalan elektrik negara dan memenuhi komitmen perubahan iklim.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pendekatan dalam pelan itu antara lain akan dapat menghasilkan limpahan ekonomi melalui penjanaan nilai pelaburan sebanyak RM20 bilion pada 2025 dalam jangka pendek dan RM33 bilion menjelang 2035 iaitu pelan jangka sederhana.
"Ia juga dapat menyediakan hampir 47,000 peluang pekerjaan langsung dalam bidang TBB," katanya pada majlis pengumuman pelaksanaan MyRER di sini hari ini.
MyRER disediakan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) yang antara lain memperincikan perancangan pembangunan TBB negara serta laluan terbaik untuk peralihan ke arah sistem tenaga rendah karbon.
Menurut Takiyuddin, MyRER mengunjurkan kapasiti TBB pada 2025 akan meningkat sebanyak 4,466 megawatt (MW) kepada 12,916 MW berbanding kapasiti pada 2020 iaitu 8,450 MW.
Unjuran kapasiti TBB pada 2035 pula akan terus meningkat sebanyak 9,546 MW kepada 17,996 MW, katanya.
Takiyuddin berkata pengunjuran kapasiti TBB itu mampu mengurangkan intensiti pelepasan karbon bagi sektor pembekalan elektrik sebanyak 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035.
"Sasaran peningkatan kapasiti TBB ini merupakan komitmen kementerian dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih seawal 2050 dan menyumbang kepada komitmen perubahan iklim negara di bawah Perjanjian Paris," katanya.
Beliau berkata MyRER juga menyediakan panduan kepada pemain industri mengenai hala tuju pembangunan TBB mengikut kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kerangka strategik bagi pembangunan sumber TBB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Takiyuddin berkata pengunjuran kapasiti TBB itu mampu mengurangkan intensiti pelepasan karbon bagi sektor pembekalan elektrik sebanyak 45 peratus pada 2030. - Astro AWANI/Shahir Omar
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu 2022-2035 dilancar
MyRER mengunjurkan kapasiti TBB pada 2025 akan meningkat sebanyak 4,466 megawatt (MW) kepada 12,916 MW.