KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan pelan jangka panjang bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang yang lebih 'segar dan inklusif' pada Jun depan dalam usaha melonjakkan sosioekonomi Bumiputera menerusi pelbagai bidang dan sektor.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata input, cadangan dan pandangan hasil Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 akan dicerakinkan dan diterjemahkan ke dalam hala tuju baharu pemerkasaan bumiputera ini.
"Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha pemerkasaan dan pemerkasaan golongan kelas pertengahan bumiputera yang mampu mencipta nilai kepada ekonomi.
"(Supaya) beralih daripada sekarang...makan gaji kepada mencipta nilai agar lebih banyak penyertaan kelas menengah bumiputera dalam perniagaan dan meningkatkan pendapatan berbanding hanya bergantung harap pada pekerjaan bergaji sahaja," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai hala tuju dan pendekatan baharu yang sedang dirangka hasil daripada KEB 2024 bagi melonjakkan lagi tahap sosioekonomi golongan berkenaan supaya terus berdaya saing.
Rafizi berkata golongan kelas pertengahan bumiputera menghasilkan profesional berpengalaman tinggi, bagaimanapun ketinggalan dalam mencipta nilai yang tidak setara berbanding dengan profesional bukan bumiputera di dalam negara dan juga golongan kelas pertengahan di luar negara.
"Fokus ini bermakna...kita akan galakkan lebih ramai profesional, maka kita perlu juga beralih dari segi mobilisasi kapital yang bergantung kepada agensi kerajaan semata-mata.
"Sebab itu, bagi pendapat saya, tumpuan kita perlu beralih dalam mewujudkan dasar yang bukan (fokus) semata-mata kepada agensi atau pendanaan yang besar daripada kerajaan seperti mana golongan bukan bumiputera ataupun golongan kelas menengah di negara-negara lain akan terus membiayai penciptaan nilai menerusi perusahaan-perusahaan baharu bersama-sama kelas menengah...perkara ini dilakukan melalui fungsi swasta," katanya.
Pendanaan melalui usaha ekuiti persendirian atau modal teroka membolehkan meningkatkan penskalaan perniagaan bumiputera.
Justeru, beliau berkata tumpuan kerajaan akan lebih kepada membina ekosistem dari segi undang-undang, insentif, percukaian, pembinaan bakat pelaburan dalam kalangan golongan menengah.
"Kerajaan melalui kerangka Ekonomi MADANI mengenal pasti enjin-enjin pertumbuhan baharu termasuk peralihan tenaga, digital, pertanian moden, serta sektor elektrik dan elektronik yang lebih maju.
"Sudah tentu apabila kerajaan meletakkan fungsi-fungsi ini, ia akan bermula dengan (merapatkan) jurang terutama antara usahawan dan profesional bumiputera dan program khusus yang melibatkan golongan ini membiasakan usaha dengan potensi yang ada dan untuk menggalakkan mereka mengambil risiko menyertai sektor yang begini...ini akan diperhalusi seperti sebahagian dapatan-dapatan yang telah dibincangkan di KEB 2024," katanya.
Usaha berterusan ini dilihat dapat memperkukuhkan daya saing golongan berkenaan dengan tumpuan juga diberi pada penskalaan bakat, peningkatan pendapatan dalam usaha menokhtahkan (menghapuskan) kemiskinan tegar.
Beliau berkata kadar kemiskinan bumiputera berada pada tahap 7.9 peratus, diikuti kaum India (5.4 peratus) dan Cina (1.9 peratus) pada 2022.
Pengangguran dalam kalangan bumiputera juga adalah yang paling tinggi pada 387,800 orang, 61.5 peratus daripada keseluruhan 630,400 orang penganggur.
Sasaran pemilikan ekuiti korporat 30 peratus juga masih belum tercapai dengan kadar 18.4 peratus pada pada 2020 berbanding bukan bumiputera pada 29.5 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Rafizi berkata input, cadangan dan pandangan hasil Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 akan dicerakinkan dan diterjemahkan ke dalam hala tuju baharu pemerkasaan bumiputera ini.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.