KUALA LUMPUR: Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama, kata seorang pakar daripada Securemetric Bhd.
Securemetric ialah pemain keselamatan digital terkemuka di Asia Tenggara yang mengkhususkan dalam penyelesaian keselamatan digital canggih, mengutamakan keselamatan mudah alih, keselamatan identiti, keselamatan transaksi dan keselamatan hasil.
Ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutifnya, Edward Law berkata dalam keadaan tertentu, pemilihan pilihan tertentu mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pertimbangan mengikut konteks, perbezaan situasi, atau hak sah yang berkaitan dengan use case (perisian) perniagaan.
"Namun begitu, saya tidak boleh mengulas tanpa pemahaman terperinci tentang pembangunan sistem PADU," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media baru-baru ini yang mendakwa pembangunan PADU menggunakan kaedah 'lapuk' dan boleh menjejaskan integriti datanya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), walaupun perincian sistem dan seni bina sistem PADU tidak didedahkan kepada umum namun pembangunannya yang dilaksanakan secara in-house telah mengambil kira keperluan yang dinyatakan dan teknologi terkini, kaedah serta reka bentuk yang berpaksi kepada kebijaksanaan dan ketelitian.
DOSM berkata penggunaan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) adalah antara mekanisme penting dalam sistem tersebut dan akan terus ditingkatkan berdasarkan dinamik, kompleksiti dan ketersediaan pangkalan data di pelbagai agensi.
Dalam pada itu, Law berkata pelaksanaan sistem PADU yang bertujuan untuk menganalisis data isi rumah rakyat bagi mencapai pengagihan subsidi bersasar dengan lebih berkesan sudah pastinya suatu yang baik untuk negara bagi tempoh jangka panjang.
Selain membantu meminimumkan pembaziran sistem itu juga dapat memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, katanya,
Beliau juga mencadangkan bagi meningkatkan lagi integriti PADU, akses ke sistem itu perlu disepadukan dengan MyDigital ID bagi memastikan tahap kepercayaan yang lebih tinggi apabila rakyat log masuk dan mengakses sistem.
Sementara itu, Law berkata, beliau yakin CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai badan akreditasi keselamatan siber yang diiktiraf di peringkat antarabangsa telah melakukan penilaian keselamatan yang menyeluruh untuk PADU.
"Tetapi perlu diingat bahawa dalam keselamatan siber, tiada yang kekal selama-lamanya, oleh itu, amat penting untuk terus memantau, menilai dan membetulkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pertahanan yang berkesan bagi tempoh jangka panjang," katanya.
Sementara itu, CSM mengesahkan bahawa ciri-ciri keselamatan kukuh PADU selamat untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab menegaskan bahawa PADU telah mematuhi keperluan yang ditetapkan Dasar Kriptografi Negara manakala keselamatan sistem itu juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah termasuk memberi khidmat nasihat penyelesaian untuk sebarang kelemahan yang ditemui.
Baru-baru ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika berucap di Dewan Rakyat memberi jaminan bahawa PADU kekal selamat walaupun berdepan lebih dua juta cubaan penggodaman setiap minggu.
Beliau berkata serangan ini berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk Distributed Denial of Service (DDOS) dan percubaan melanggar tembok api sejak sistem itu dilancarkan pada 2 Jan, 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.