KUALA LUMPUR:Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menyifatkan sebarang pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dan lebih ketat boleh mengundang impak lebih buruk dan sukar dipulihkan terhadap sektor perniagaan dan ekonomi serta menjejaskan kelangsungan perniagaan dan jaminan pekerjaan
Oleh itu, menurut FMM, ia menggesa industri untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dan memainkan peranan mereka dengan mengambil langkah proaktif dan perlindungan tambahan untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada di tempat kerja dan kuarters kediaman pekerja.
"Industri amat bimbang dengan amaran Kementerian Kesihatan bahawa sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang maksimum akibat kes COVID-19 yang terlalu tinggi.
"Kami turut prihatin terhadap perkembangan terkini bahawa sejumlah 318 kluster aktif COVID-19 dengan 99 peratus atau 30 peratus daripadanya adalah daripada sektor pembuatan," kata Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau berkata FMM telah mengeluarkan peringatan sekali lagi kepada ahlinya mengenai langkah tambahan yang perlu diambil untuk melindungi tenaga kerja dan membendung penularan jangkitan.
Soh berkata memandangkan hostel dan kediaman pekerja telah dikenal pasti sebagai punca penularan jangkitan COVID-19, wujud keperluan yang mendesak kepada majikan untuk memberi lebih perhatian kepada keadaan hidup para pekerja dan memastikan mereka mematuhi kesemua SOP yang ketat termasuk keperluan penjarakan sosial di kawasan kediaman.
Beliau berkata ini termasuk mengenakan syarat yang sama kepada keadaan hidup pekerja sub-kontrak dan mematuhi arahan kerajaan kepada semua pekerja asing supaya menjalani saringan COVID-19 dan berusaha menyelesaikan perkara ini secepat mungkin menjelang tempoh akhir yang ditetapkan.
"Ujian secara besar-besaran turut terbukti sebagai pendekatan paling efektif untuk mengesan kes positif dan mendorong protokol yang diperlukan untuk memastikan tindakan pantas dan gangguan yang minimum terhadap operasi," katanya.
Soh berkata industri telah meminta sokongan yang berterusan daripada kerajaan untuk membantu semua majikan kerana mereka berusaha untuk mematuhi beberapa syarat dan arahan itu yang mempunyai kesan langsung ke atas kepatuhan mereka dalam SOP tertentu iaitu pematuhan kepada Akta 446 mengenai penginapan untuk pekerja dan ujian wajib kepada semua pekerja asing.
Mengenai saringan wajib ke atas semua pekerja asing, beliau berkata FMM telah merayu kepada kerajaan agar bersetuju memberikan subsidi ke atas kos ujian RTK antigen supaya majikan di semua negeri yang dikenakan PKP dapat segera menyelesaikan ujian mandatori itu menjelang tempoh akhir.
Soh berkata kerajaan perlu memastikan klinik dan hospital mematuhi sepenuhnya kos yang telah ditetapkan bagi ujian RTK antigen/RT-PCR kepada semua termasuk pekerja asing atau apabila semua ujian secara besar-besaran telah dilakukan dan mempertimbangkan diskaun yang bersesuaian untuk kos perkhidmatan/kos saringan yang akan ditanggung oleh majikan.
"Pengumuman awal mengenai program pemvaksinan nasional dan kumpulan yang perlu diutamakan adalah kritikal ke arah rancangan kesinambungan perniagaan industri.
"Perlu diakui bahawa selagi pandemik ini melanda, pertumbuhan dan pelaburan oleh sektor swasta akan kekal lemah dan pemulihan ekonomi akan terus lembap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
FMM hari ini menyifatkan sebarang pelaksanaan semula PKP secara penuh dan lebih ketat boleh mengundang impak lebih buruk. - Gambar fail/BERNAMA
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.