Pelaksanaan Program Dwi-Bahasa (DLP) dilihat akan merenggangkan masyarakat, bersifat rasis sekali gus bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada.
Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin berkata, persoalan mengapa ia hanya dibuat di sekolah jenis kebangsaan juga harus dijelaskan kerajaan.
"Ketiadaan pelaksanaan dasar itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil juga menimbulkan tanda-tanya masyarakat.
"Kenapakah kali ini kerajaan menjalankan dasar merenggangkan lagi masyarakat, perkauman dan rasis. Ia hanya dibuat di sekolah kebangsaan, kenapa tidak buat di SJKC, tidak di SJKT?
"Saya rasa ia bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ia seharusnya dibuat untuk merapatkan perpaduan negara.
"Pelik, pelik," katanya ketika ditemui semasa 'Himpunan Keranda 152: Bantah DLP' di sini hari ini.
DLP dilaksana dalam mata pelajaran sains, matematik, teknologi reka bentuk dan teknologi komunikasi dan informasi (ICT) kepada pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 di 300 buah sekolah bermula sesi baru Januari 2016.
Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya.
Perarakan itu merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, DLP merupakan jelmaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijenamakan semula.
"Keranda dibawa simbolik penentangan tersebut kerana berpandangan dasar ini jelmaan PPSMI yang dimansuhkan. PPSMI telah menyebabkan kegagalan kepada ramai pelajar," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, langkah yang diperkenal kerajaan dalam mengatasi masalah penguasaan Bahasa Inggeris menerusi pengenalan DLP umpama memberikan ubat yang salah kepada penyakit yang dihidapi.
Menurutnya, pelaksanaan program itu bukan sahaja tidak berkesan dalam meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut, malah membawa kesan yang lebih teruk di mana pelajar sukar memahami dengan sebenar-benarnya konsep sains dan matematik yang diajarkan.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 26 2016
ABDUL RAOF: Pelaksanaan Program Dwi-Bahasa (DLP) dilihat akan merenggangkan masyarakat, bersifat rasis sekali gus bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Malaysia negara dagang, mesra bisnes, pelaburan
Naik taraf hubungan diplomatik Malaysia-Korea daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik, antara pencapaian besar dalam lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meluangkan masa bertemu dengan komuniti perniagaan dan konglomerat tempatan dalam misi menarik pelaburan.
Bersama rakan setugas, Irfan Faruqi di Seoul untuk laporan penuh lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meluangkan masa bertemu dengan komuniti perniagaan dan konglomerat tempatan dalam misi menarik pelaburan.
Bersama rakan setugas, Irfan Faruqi di Seoul untuk laporan penuh lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
[TERKINI] Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
[TERKINI] Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana membuat gangguan di KLIA, Sepang, pada Ahad lalu, meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis MTB pada 1.30 tengah hari.
Suspek dalam perjalanan dari United Kingdom ke Phuket, Thailand dan sewaktu transit di KLIA, suspek melakukan kacau ganggu dan bertindak agresif dan ditahan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis MTB pada 1.30 tengah hari.
Suspek dalam perjalanan dari United Kingdom ke Phuket, Thailand dan sewaktu transit di KLIA, suspek melakukan kacau ganggu dan bertindak agresif dan ditahan.
Pasangan kekasih ditahan, rampas dadah lebih RM3 juta
Suspek yang dipercayai pasangan kekasih itu dicekup di sebuah bilik rumah tumpangan di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam, bersama tiga peket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 83.15 gram.
Pelaksanaan Program Dwi-Bahasa boleh renggangkan masyarakat - Abdul Raof
Pelaksanaan Program Dwi-Bahasa (DLP) dilihat akan merenggangkan masyarakat, bersifat rasis sekali gus bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada.