Pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta.
Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diluluskan menerusi satu surat bertarikh 3 Julai 2019 daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, kerja awalan projek tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.
"Oleh yang demikian, hala tuju, skop dan tarikh pelaksanaan bagi projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh," katanya menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Pada 7 Mac 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (ketika itu) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) telah mengumumkan lima projek yang diluluskan di Kelantan iaitu antaranya pembinaan LPT3 sejauh 150 kilometer (km) bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.
Sementara itu, berhubung projek laluan 'Central Spine Road' (CSR), Fadillah berkata ia dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan, kesesakan lalu lintas dan kesinambungan jajaran.
Menurutnya sehingga kini, jajaran sepanjang 224km telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 165.1km di Pahang (Pakej 3, 4 dan 5) dan 58.9km di Kelantan (Pakej 2 dan 3).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020

Fadillah berkata kerja awalan projek tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.