PUTRAJAYA: Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Beliau berkata setakat ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek.
Dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Hari Imigresen 2024 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara.
"Pasport lima tahun kadang banyak cop dan kelompok (sering keluar negara) ini (kita) bagi pilihan ada pasport 10 tahun, dia akan ambil dan untuk itu, dia kena bayar lebih sebab lebih muka surat.
"Kami sedang perhalusi (fine tuning), fasa-fasa akhir ini...dan akan usahakan dalam masa terdekat, " katanya
Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor berkata pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.
Sementara itu, beliau berkata JIM bertekad mengekalkan kepantasan pengeluaran pasport Malaysia iaitu selama 60 minit bagi proses secara fizikal serta memastikan ciri-ciri keselamatannya berada pada tahap terbaik.
Saifuddin Nasution berkata pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.
"Ukurannya apa dia? Siapa pegang pasport boleh mengembara tidak perlu visa, lagi banyak negara benarkan pemegang pasport masuk tanpa visa lagi berkuasa kedudukannya.
"Ciri-ciri keselamatan kita kekal, perkukuh dan tambah baik," katanya sambil menambah jumlah pengeluaran pasport setakat 15 Julai lepas adalah sebanyak 1.45 juta.
Bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Julai lepas, Saifuddin Nasution berkata pergerakan keluar masuk warga Malaysia termasuk penduduk tetap ialah 65.5 juta orang.
"Pergerakan keluar masuk warga asing di Malaysia adalah 35.0 juta dan jumlah pekerja asing adalah 2.36 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) ketika sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2024 di Dataran Pahlawan hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pelaksanaan pasport 10 tahun kini pada fasa akhir - Saifuddin Nasution
Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir.