KUALA LUMPUR :Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang cepat, tepat dan bersasar telah memberi impak positif kepada ekonomi negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara kesan ketara adalah penurunan kadar pengangguran turun kepada 4.6 peratus pada September berbanding 5.3 peratus pada Mei lepas.
“Kedua, dalam pengumuman KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) suku ketiga oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, Malaysia telah mencatat penguncupan negatif 2.7 peratus.
“Ini adalah penurunan ketara daripada negatif 17.1 peratus pada suku kedua. Pencapaian KDNK suku ketiga ini adalah terbaik di rantau Asia dan mengatasi beberapa negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) lain.
“Namun usaha kita belum selesai. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mencapai kadar 6.5 peratus ke 7.5 peratus yang diunjurkan pada tahun 2021, kita perlu melonjakkan pelaburan di samping memastikan kutipan hasil negara yang lebih efektif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2020 (HII2020) secara dalam talian pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau berkata, Belanjawan 2021 merupakan bukti bahawa kerajaan tidak pernah berkompromi dalam melindungi rakyat daripada ketidaktentuan COVID-19.
“Dari sudut percukaian, belanjawan ini telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai kepada sektor impak tinggi, dijangkakan dapat menarik pelaburan dan menarik lebih banyak penyertaan.
“Ia sekaligus merancakkan industri tersebut dan memberikan hasil kepada negara secara menyeluruh.
“Pada masa sama, Belanjawan 2021 terus bertindak sebagai medium mensejahterakan rakyat dan menyokong sektor perniagaan menerusi langkah percukaian bagi memberi manfaat kepada golongan sasar,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Nov 19 2020

Tengku Zafrul berkata, Belanjawan 2021 merupakan bukti bahawa kerajaan tidak pernah berkompromi dalam melindungi rakyat daripada ketidaktentuan COVID-19. - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Sukuk Kelestarian Malaysia dilanggan 6.4 kali, pelabur yakin
Kedua-dua tranche tersebut telah mendapat penarafan A3 oleh Moody's Investors Service dan A- oleh S&P Global Ratings.

Kementerian Kewangan sambut baik kerjasama Malaysia-Indonesia - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan gelembung perjalanan bagi merancakkan ekonomi Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.

160,000 pekerjaan baru bakal diwujudkan tahun ini - Zafrul
Majlis Pekerjaan Negara melaporkan lebih daripada 160,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan bagi tahun 2021 melalui pelaburan komited.

Pelaksanaan pakej rangsangan beri kesan positif kepada ekonomi negara - Zafrul
Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang cepat, tepat dan bersasar telah memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Geran Yayasan Hasanah beri manfaat kepada lebih 100,000 individu - Zafrul
Geran yang diberikan untuk membantu golongan B40, komuniti Orang Asli, OKU dan berkeperluan khas terutamanya yang terkesan COVID-19.

Skim pembiayaan pelancongan bantu lonjakkan perniagaan - Zafrul
Sektor pelancongan menjadi sumber pendapatan kepada lebih 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan.

30,000 pemandu bas sekolah bakal terima bantuan tunai
Zafrul menjelaskan bantuan tunai kepada pemandu bas sekolah ini merupakan tiga perincian utama matlamat Pakej Prihatin.

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu individu, PKS terjejas - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz menerusi satu kenyataan pada Khamis, berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang telah menjejaskan golongan tersebut.

Sultan Abdullah sering bertanya khabar rakan - Tengku Zafrul
Perasaan gementar itu bagaimanapun hilang dengan keramahan Sultan Abdullah, sekali gus mewujudkan suasana mesra dan ceria.