Pelakon, penyanyi era 80-an Isma Aliff terima sumbangan Perdana Menteri
Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.
Bernama
Sun Oct 20 2024
Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 1980-an Isma Alif, yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lepas, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.
"Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Isma Alif, atau nama sebenar beliau Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Dis 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.