KUALA LUMPUR: Pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Vistawood Industries yang berpangkalan di Muar muncul sebagai pemenang di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023.
Aric Neo Yong memenangi hadiah pertama, menewaskan lebih 250 pesaing dengan membawa pulang RM5,000 melalui pertandingan reka bentuk perabot MIFF, manakala pakar perabot kanak-kanak, Vistawood lebih menonjol berbanding 671 syarikat yang menampilkan pelbagai reka bentuk gerai kreatif dan inovatif tahun ini.
Penyertaan dinilai berdasarkan estetika, fungsi serta kebolehpasaran dengan para hakim mengutamakan elemen kelestarian dan teknologi dalam reka bentuk.
Pemenang menerima hadiah masing-masing daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Abdul Hadi Omar.
"Inovasi adalah penting bagi kejayaan perniagaan terutamanya dalam industri perabot yang kompetitif untuk menarik pelanggan ke sesuatu produk termasuk anugerah persembahan terbaik akan mencerminkan bagaimana pengeluar menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran pasca pandemik dalam memenuhi gaya hidup yang berevolusi," katanya dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah.
Anugerah itu juga mencerminkan usaha pengeluar dalam menghasilkan produk bernilai tambah yang lebih tinggi untuk ditingkatkan sebagai pengeluar reka bentuk asal.
Abdul Hadi juga memuji usaha berterusan untuk mengadakan pertandingan reka bentuk perabot MIFF bagi memupuk bakat muda, yang penting dalam mengekalkan masa depan industri perabot Malaysia termasuk mengukuhkan lagi sumbangannya kepada pendapatan eksport dan pertumbuhan negara.
"Ini juga selaras dengan usaha kerajaan ke arah pembangunan pasaran produk kayu-kayan negara dengan mengukuhkan pengkomersialan jenama buatan Malaysia bagi pasaran antarabangsa,khususnya, produk bernilai tambah tinggi," katanya.
MIFF adalah pameran perdagangan perabot berorientasikan eksport terbesar di Asia Tenggara, mempamerkan koleksi perabot kayu buatan Malaysia, perabot rumah dan pejabat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Abdul Hadi (tiga, kiri) bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah sempena MIFF 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kompleks MITEC, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar UTM, Vistawood muncul pemenang MIFF 2023
Aric Neo Yong memenangi hadiah pertama, menewaskan lebih 250 pesaing dengan membawa pulang RM5,000.