PARIT: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut ketika dalam perjalanan pulang dari surau selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah motosikal lain di KM19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian pada jam 7 malam itu membabitkan motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang lelaki berusia 64 tahun dan motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggangi remaja berusia 17 tahun.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, warga emas itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Belanja menuju ke rumahnya di Kampung Tua, yang menghala ke Bota Kiri.
Menurutnya lagi, apabila lelaki berkenaan sampai di persimpangan rumahnya, dia tiba-tiba membelok motosikalnya ke kanan sebelum dilanggar motosikal dari arah bertentangan, yang ditunggang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, dekat sini, itu.
Jelasnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa didapati tidak memakai topi keledar.
“Apabila sampai di simpang rumahnya, penunggang motosikal jenis Honda Dash tiba-tiba membelok ke kanan.
"Ini menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang bergerak lurus ketika itu tidak sempat memberhentikan motosikalnya dan melanggar motosikal Honda Dash itu.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Changkat Melintang, dekat sini, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan agar semua penunggang motosikal sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.
“Pihak polis menasihatkan semua penunggang motosikal agar sentiasa berhati-hati, memakai topi keledar dengan betul dan kemas, serta mematuhi peraturan dan undang-undang,” ujarnya.
Amirrul Rabbani
Tue Aug 01 2023
Dua lelaki masing-masing berusia 64 dan 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar satu sama lain di Kilometer 19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, Parit, pada Isnin. - Foto ihsan media sosial
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Pelajar Tingkatan Lima maut pulang dari surau, terlibat kemalangan dua motosikal
Kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 64 dan 17 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.