Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas dipercayai terjerut di jaring buaian di hadapan rumahnya di Kampung Alor Kumbang, Pendang, dekat sini.
Mangsa, Nur Syahirah Mustafa, 14, maut selepas bermain buaian buatan sendiri tersebut bersama anak saudaranya yang berumur setahun.
Kakak mangsa, Norliza Mustafa, 37, memaklumkan hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh bapa saudaranya.
"Lepas itu, saya lihat kaki dia dah lipat ke bawah dan leher sudah terjerut," kata Norliza semasa ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Tambahnya, mereka cuba menyelamatkan mangsa dan terus membawa ke Hospital Yan tetapi mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh pihak hospital.
Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada bapa saudara mangsa berhubung kejadian ini pada pukul 5.30 petang semalam.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 24 2016
Mangsa, Nur Syahirah Mustafa, 14, maut selepas bermain buaian buatan sendiri tersebut bersama anak saudaranya yang berumur setahun. -Astro AWANI
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pelajar tingkatan 2 di Pendang maut terjerut kain buaian
Mangsa, Nur Syahirah Mustafa, 14, maut selepas bermain buaian buatan sendiri tersebut bersama anak saudaranya yang berumur setahun.