BALING: Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Agama Kedah tahun lalu maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Charok Nau, dekat Baling, hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, dipercayai dalam perjalanan ke pusat pengajiannya di Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, sebelum motosikalnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 11.30 pagi.
Menurutnya, terdahulu mangsa baru sahaja lulus ujian lesen motosikal kelas B2.
Katanya, sebaik mendapat keputusan ujian, mangsa menunggang motosikalnya untuk pulang ke pusat pengajian sebelum terbabit kemalangan.
"Motosikal mangsa dikatakan keluar simpang secara mengejut sebelum berlanggar dengan MPV itu.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa melambung lalu jatuh di laluan bertentangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa berasal dari Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang, meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsudin berkata, Muhammad Munzir menerima pengiktirafan sebagai Pelajar Sekolah Menengah Agama Terbaik Kedah selepas mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 dan sedang menyambung pengajian di Yayasan Khairiah.
Jenazah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara itu, katanya pemandu MPV berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang tidak mengalami kecederaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 16 2021
Akibat perlanggaran itu, mangsa melambung lalu jatuh di laluan bertentangan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ PDRM
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Agama Kedah 2020 maut kemalangan
Muhammad Munzir menerima pengiktirafan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terbaik Kedah selepas mencatat keputusan cemerlang dalam STAM 2020.