MIRI: Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Apoh cedera selepas terjatuh dari beranda sekolah kayu, Rabu lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga itu mengalami luka kecil di kepala, bahu dan tangan kanannya namun dilaporkan stabil sebelum dibenarkan discaj semalam.
Difahamkan, pelajar terbabit dipercayai bersandar di papan penahan beranda sekolah itu sebelum ia roboh.
Bapanya, Yulius Merang, 42 tahun ketika dihubungi Astro AWANI berkata, kanak-kanak itu sudah beransur pulih dan keputusan pemeriksaan x-ray juga mendapati tiada sebarang kecederaan teruk.
“Kejadian berlaku pada jam 9 pagi. Salah seorang guru menghubungi sebelum saya bawa ke Klinik Long Lama. Namun kami diminta untuk merujuk ke Hospital Miri.
"Syukur, pemeriksaan di Hospital Miri mendapati beberapa luka dikesan iaitu di kepala, bahu dan tangan kanan, sekarang ini dia berehat tetapi masih sukar untuk berjalan akibat kemalangan itu,” katanya kepada Astro Awani.
Yulius yang tidak mahu kejadian sama berlaku kepada pelajar yang lain memohon agar infrastruktur sekolah kayu itu dibaik pulih dengan segera.
“Selepas lebih 40 tahun rasanya, sekolah itu tetap sama, masih dengan struktur kayu, sebagai ibu bapa kami sangat susah hati, syukur Tuhan sudah melindungi anak saya.
“Saya dah ajukan perkara ini kepada pihak berwajib supaya ada tindakan segera untuk membaik pulih sekolah ini, kerana terlalu lama tiada perubahan berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata permohonan untuk baik pulih SK Long Bemang telah diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun lalu di bawah Projek Bina Baru Sekolah daif dengan peruntukan lebih RM5 juta.
Bagaimanapu katanya, projek yang sepatutnya bermula tahun 2021 itu terpaksa ditangguhkan kerana beliau mahu tapak sekolah tersebut dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat daripada bencana banjir.
"Kawasan Long Bemang termasuk kawasan sekolah tersebut selalu mengalami banjir dan perkara ini merisaukan saya, jadi kami sedang membuat rayuan kepada kementerian bertanggungjawab untuk memindahkan lokasi asal sekolah di tapak yang lebih selamat untuk keselamatan jangka panjang.
"Apa yang berlaku ini di luar dugaan, sementara ini kita sudah meminta supaya pihak PIBG untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko di sekolah berkenaan untuk segera dibaik pulih,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Jan 21 2022

Pelajar perempuan berusia sembilan tahun itu dilaporkan stabil. - Ihsan Yulius Merang.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar tahun tiga cedera jatuh dari beranda sekolah di Long Bemang, Miri
Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Apoh cedera selepas terjatuh dari beranda sekolah kayu, Rabu lalu.