Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata KBT dimulakan pada 2014 di tiga sekolah menengah bagi melahirkan pelajar yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan membentuk insan yang mempunyai asas keagamaan yang mantap, berwibawa serta berkepimpinan.
"Sehingga 2018, KBT telah dilaksanakan di 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan empat buah sekolah berasrama penuh," katanya pada majlis menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz antara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bangunan Parlimen hari ini.
Maszlee menarik perhatian bahawa pendidikan tahfiz semakin berkembang dan mendapat perhatian ibu bapa kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran dan kelebihan yang diperoleh jika memperoleh gelaran Al-Hafiz.
"Dalam pembentangan belanjawan negara baru-baru ini, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada sekolah tahfiz yang berdaftar.
"Secara keseluruhannya, kementerian komited dalam melaksanakan pelbagai usaha sama ada dari aspek kurikulum tahfiz, pentaksiran, pensijilan, perjawatan dan latihan guru bagi mengiktiraf pendidikan tahfiz dan huffaz setanding dengan pendidikan arus perdana di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
![Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528362120_DrMaszleeMalik.jpg)
MASZLEE: Pendidikan tahfiz semakin berkembang dan mendapat perhatian ibu bapa kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran. - Gambar fail/Astro AWANI
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
![Muzium hidup KBT, garap suasana sebenar masyarakat Melayu lama Muzium hidup KBT, garap suasana sebenar masyarakat Melayu lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599273321_TBTerengganujpg.jpg)
Muzium hidup KBT, garap suasana sebenar masyarakat Melayu lama
KBT sebagai pusat sehenti dalam menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan budaya dari seluruh daerah di Terengganu.
![Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528362120_DrMaszleeMalik.jpg)
Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee
Sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.