Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga antara empat pasangan ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, awal hari ini.
Pengarah JAIM Ismail Hamid berkata pelajar sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini ditahan bersama teman lelakinya berusia 22 tahun dalam sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tun Ali pada pukul 2.50 pagi.
"Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan JAIM akan memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa dan pihak sekolah pelajar perempuan terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi tiga jam melibatkan 10 anggota penguat kuasa JAIM bermula 12 tengah malam tadi, jabatan itu menahan tiga lagi pasangan berumur 22 hingga 34 tahun di hotel berasingan di Kampung Lapan dan Malim di sini.
"Pasangan tersebut termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun dan pasangannya lelaki Bangladesh berusia 34 tahun yang masing-masing telah berkeluarga," katanya.
Ismail berkata kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman/berkurung/bersunyian tanpa nikah yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata dalam operasi sama, dua pasangan lelaki dan wanita berusia 20an ditahan mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di khalayak ramai ketika operasi dijalankan di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.
Bernama
Sun May 24 2015
Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga antara empat pasangan ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, awal hari ini. - Gambar hiasan
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Pelajar perempuan tingkatan tiga antara empat pasangan ditahan JAIM
Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga antara empat pasangan ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, awal hari ini.