Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang buta membuktikan bahawa kecacatan tidak menjadi halangan untuk beliau melakar kejayaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
A. Mahavithya, 22, dari Kolej Sri Putra di Banting, Perak walaupun buta kedua-dua belah matanya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.9 dalam peperiksaan STPM baru-baru ini, menjadikannya sebagai antara pelajar OKU cemerlang di negara ini.
"Saya adalah satu-satunya pelajar kelainan upaya di sekolah, jadi saya terpaksa menggunakan sistem braille untuk belajar.
"Saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bertekad untuk melakar kejayaan seperti rakan-rakan saya lain dalam kelas," kata Mahavithya.
Mahavithya yang tinggal bersama kakak iparnya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia ketika masih kecil, menghargai dan berterima kasih kepada keluarga terdekat beliau yang telah membesarkannya dan memberi pendidikan kepadanya.
Ketika ditanya sama ada beliau memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan wanita yang kecil molek itu berkata, beliau telah menghantar permohonan ke beberapa universiti awam untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan dan sedang menunggu penempatan.
"Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam perguruan kerana harapan dan cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang guru, saya juga mencintai bahasa Melayu dan ingin menjadi guru Bahasa Melayu,"tambahnya.
Seorangh lagi pelajar cemerlang, P. Kunasegaran, 18, yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-batru ini bekata kunci kejayaan dalam peperiksaan ialah melalui keseimbangan.
"Untuk berjaya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengimbangi pelajaran dan aktiviti tambahan kokurikulum. Sebelum hari peperiksaan, saya memutuskan untuk memberi tumpuan lebih kepada semakan dan kurang aktiviti kokurikulum," kata Kunasegaran, pelajar SMK Tinggi St.David, Melaka.
Kira-kira 37 pelajar kaum India dari seluruh negara pada Rabu diberi penghormatan pada Anugerah Pelajar terbaik SPM dan STPM Kaum India MIC yang diadakan di ibu pejabat parti.
Majlis makan malam itu dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017

Datuk Seri Dr S. Subramaniam (tiga, kiri) menyampaikan anugerah pelajar cemerlang kepada A. Mahavithia pada Majlis Penghargaan Pelajar-pelajar India Cemerlang dalam SPM dan STPM di Menara Manickavasagam pada Rabu. -- fotoBERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Salman Rushdie buta sebelah mata
Salman turut menderita lebih 15 parut di dadanya kerana serangan berkenaan.

OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal
Program anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak dan Tourism Perak itu memberi peluang kepada peserta untuk mengenali komponen basikal sebelum memulakan pergerakan.

Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut
Hanya kerana impikan sebuah kerjaya, ibu kepada lima cahaya mata ini kini hilang penglihatannya.

Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.

Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis
Malek Issa disahkan buta sebelah mata kiri selepas beberapa hari ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.

Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur
Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.