KUALA LUMPUR: Pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) berpotensi besar untuk menerajui jawatan penting dalam sektor awam dan swasta kerana mereka bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan akademik tetapi tahap disiplin ketenteraan yang tinggi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang berkata tempoh dua tahun latihan penuh cabaran dan rintangan yang mereka lalui serta penerapan nilai kepimpinan selari dengan moto MTD iaitu Berkhidmat Memimpin atau Served to Lead itu mampu melahirkan pemimpin disegani dan disanjungi.
"Tahap kemandirian yang tinggi, sikap setiakawan yang erat serta kebolehupayaan beradaptasi dengan baik untuk menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, merupakan kualiti istimewa yang tidak mungkin dapat diperoleh oleh rakan-rakan sebaya (pelajar) di luar sana.
"Berani untuk saya mengatakan bahawa inilah pakej luar biasa yang membolehkan Putera MTD dilabel sebagai modal insan yang kredibel, serta berpotensi besar untuk memimpin jawatan penting baik di sektor awam mahupun swasta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja 2022 yang menyaksikan 241 pelajar tingkatan lima berjaya menamatkan pengajian di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Affendi juga mengingatkan pelajar MTD bahawa kejayaan menamatkan pelajaran di maktab itu hari ini merupakan permulaan kehidupan dan mereka perlu bersedia menghadapi dugaan lain yang tidak dijangka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Tan Sri Affendi Buang berkata tempoh dua tahun latihan penuh cabaran dan rintangan yang mereka lalui serta penerapan nilai kepimpinan mampu melahirkan pemimpin disegani. - Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pelajar MTD berpotensi besar terajui jawatan penting sektor awam, swasta - Affendi
Kemandirian tinggi, sikap setiakawan serta kebolehupayaan beradaptasi dengan baik dengan situasi persekitaran, merupakan kualiti istimewa.