Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta mereka naiki terbabas selepas dipercayai cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang yang melintas dalam kejadian di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Penor di sini, pada Ahad.
Mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan itu Muhamad Norfitri Norizan, 20, berasal dari Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pemandu kereta itu Mohamad Fitri Ilham Rahiman, 20, dari Pasir Gudang, Johor Bharu masih tidak sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di ICU, hospital berkenaan.
"Dua lagi rakan mereka, Ahmad Fariz Ar Azmi, 20, dari Skudai, Johor Bharu dan Haris Iskandar Hasim, 20, hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Pekan sebelum kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu, dipercayai selepas Mohamad Fitri cuba mengelak seekor binatang yang melintas jalan.
Kesemua mangsa kemudian dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.
"Siasatan mendapati keadaan jalan gelap kerana tidak berlampu namun cuaca baik serta jalan kering," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017

Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Pekan sebelum kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air hari ini
Berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa.

Tiga maut selepas hantar ibu bapa umrah, MPV terbenam dua jam dalam parit
Menurut Ketua Trafik Negeri Pahang Supritenden Mohd Noor Yusof Ali, kejadian berlaku berdekatan Kampung Batu Putih kira-kira jam lima pagi tadi, melibatkan kenderaan jenis Chery Eastar.

Dua beradik maut motosikal dinaiki bertembung kereta
Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kolej Universiti Islam Pahang (Kuipsas) dekat sini.

Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang
Mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan itu Muhamad Norfitri Norizan, 20, berasal dari Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.

36 penumpang, dua pemandu bas ekspres, nyaris maut bas terbabas dekat Kuantan
Bomba mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 5.02 pagi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.